Jan 16, 2009

Ruqyah

Assalamualaikum semua,

Saya refer kepada scenario sangkalan astora mengenai jampi dan rukyah yang telah dikembangkan oleh arikel ustad asri kalau tak silap saya dalam antiastora. Saya ingin mendapati penerangan lanjut secara ringkas mengenai contoh doa/jampi yang dibolehkan dalam ilmu ruqyah ini. Setahu saya ada juga terdapat penyalahgunaan ayat quran untuk jampi ni termasuk penggunaan syirik/jin untuk perubatan.

JKK

********************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Zubayr_72 dengan kadar kemampuan sedikit yang kami ada, Insyaallah.

Persoalan ruqyah ini sudah banyak dijawab oleh ahli panel al-ahkam terutamanya Ustaz thtl dan Ustaz Pendekar. Sdr boleh menggunakan fungsi SEARCH, dan di medan Search for Keywords: taipkan Ruqyah OR Jampi, dan di medan Forum pilih ARKIB jawapan SoalJawab Feqh, insyaallah anda akan mendapat lebih dari 20 hits.

'Ala kulli hal, saya akan cuba memaparkan beberapa contoh-contoh yang saya ambil dari Kitab Riyaadhu Al-Shaalihiin (رياض الصالحين) karangan Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam Bab Do'a untuk orang sakit (باب ما يدعى به للمريض) bagi membuktikan bahawa sesungguhnya jampi atau al-Ruqyah (الرقية)diperbolehkan didalam Islam.

(a) Siapa yang boleh menjampi?

Orang yang menJampi pesakit digelar sebagai al-RAAQI (الراقي). Apakah syarat-syarat seorang Raaqi? Menurut Sheikh Ibn Jibreen :

الصواب أنه يجوز استعمال الرقية من كل قارئ يحسن القرآن ، ويفهم معناه ، ويكون حسن المعتقد ، صحيح العمل ويكون مستقيماً في سلوكه ، ولا يشترط إحاطته بالفروع ، ولا دراسته للفنون العلمية ، وذلك لقصة أبي سعيد في الذي رقى اللديغ قال : وما كنا نعرف منه الرقية أو كما جاء في الحديث رواه البخاري (2276 ) ومسلم ( 2201 ) ، وعلى الراقي أن يحسن النية ، وأن يقصد نفع المسلم ، ولا يجعل همه المال والأجرة ، ليكون ذلك أقرب إلى الانتفاع بقراءته ، والله أعلم .

"Padangan yang betul ialah dibenarkan untuk setiap pembaca yang boleh membaca al-Quran dengan baik, faham maknanya, mempunyai akidah yang baik, melakukan amal soleh dan berperangi yang baik boleh menggunakan rukyah. Tidaklah menjadi syarat baginya mempunyai ilmu pengetahuan yang khusus atau telah mempelajari semua cabang ilmu dengan mendalam. Ini dikisahkan oleh Abi Sa'eed dan seorang yang telah digigit kala-jengking berkata,"Dan kami tidak mengetahui mengenai RUQYAH sebelum ini", atau sebagaimana yang datang didalam hadith riwayat Al-Bukhaari #2276 dan Musim #2201. Seorang al-RAAQI hendaklah mempunyai NIAT yang baik, dan ingin memunafaatkan orang Islam yang lain, tidak menjadikan wang dan upah sebagai perkara penting, agar bacaannya menjadi lebih munafaat".- [Al-Lu'lu' al-Makeen min Fataawaa Ibn Jibrin, ms. 22].

(b) Syarat Jampi yang dibenarkan didalam Islam?

Syarat jampi ini telah dibicarakan didalam Fathul Bari 10/195, Fatwa Bin Baaz dan lain-lain. Diantara syarat-syarat jampi menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bahawa ulama' membenarkan jampi dengan 3 syarat, iaitu :

أولاً: أن تكون بذكر الله تعالى وبأسمائه.
وثانيًا: أن تكون باللسان العربي وما يفهم معناه.
وثالثًا: أن يعتقد أنها لا تؤثر بذاتها بل بتقدير الله تعالى.

1. Menyebut Nama Allah dengan berzikir menggunakan Nama-Namanya
2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya
3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mus'asyirah, 1/189].

Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya dan bebas dari unsur-unsur syirik.

(c) Contoh-contoh jampi dari hadith Nabi saw.

Anda boleh merujuk kepada kitab Riyaadhu Al-Shaalihiin hadith dibawah ini dengan menggunakan nombor hadith tersebut (saya meninggalkan hadith terakhir (909) didalam bab ini).

901 عن عائشة ، رضي اللَّه عنها ، أَن النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم كَانَ إِذا اشْتكى الإِنْسانُ الشَّيءَ مِنْهُ، أَوْ كَانَتْ بِهِ قَرْحةٌ أَوْ جُرْحٌ ، قال النَّبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، بأُصْبُعِهِ هكذا ، ووضع سُفْيانُ بْنُ عُييْنَة الرَّاوي سبابتَهُ بِالأَرْضِ ثُمَّ رَفَعَهَا وقال : بِسْمِ اللَّهِ ، تُربَةُ أَرْضِنا ، بِرِيقَةِ بَعْضنَا ، يُشْفَى بِهِ سَقِيمُنَا ، بِإِذْن رَبِّنَا » متفقٌ عليه .

901. Dari 'Aisyah ra., Apabila ada orang yang datang mengeluh kesakitan atau terluka kepada nabi saw, maka Nabi saw berdo'a, dengan telunjuknya berbentuk begini, sofian bin 'Uyainah meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya dan berkata : "Dengan Nama Allah, dengan tanah kami, ludah sebahagian kami, semoga disembuhkan orang yang sakit diatas izin tuhan kami" - [hadith Mutafaq 'alaih].

902 وعنها أَن النبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم كَانَ يعُودُ بَعْضَ أَهْلِهِ يَمْسَحُ بيدِهِ اليُمْنى ويقولُ : « اللَّهُمَّ ربَّ النَّاسِ ، أَذْهِب الْبَأسَ ، واشْفِ ، أَنْتَ الشَّافي لا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفاءً لا يُغَادِرُ سقَماً
» متفقٌ عليه .

902. Dari 'Aisyah ra., Nabi saw menjenguk salah seorang dari ahli keluarganya dan menyapu dgn tangan kanannya sambil berdo'a,"Ya Allah! Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit dan sembuhkanlah, kerana hanya Engkaulah yang dapt menyembuhkannya, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi" - [hadith Mutafaq 'alaih].

903 وعن أَنسٍ رضي اللَّه عنه أَنه قال لِثابِتٍ رحمه اللَّه : أَلا أَرْقِيكَ بِرُقْيَةِ رسولِ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ؟ قال : بَلى . قال : اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ ، مُذْهِبَ البَأسِ ، اشْفِ أَنتَ الشَّافي ، لا شافي إِلاَّ أَنْتَ ، شِفاءً لا يُغادِر سَقَماً . رواه البخاري .

903. Dari Anas bahawa ia berkata kepada Tsabit rh., "Bolehkah aku menjampimu seperti jampi Rasulullah saw?". Tsabit berkata,"Boleh", Anas membaca do'a : "Ya Allah Tuhan semua manusia, Yang menghilangkan penyakit, sembuhkanlah kerana hanya engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada yang dapat menyembuhkan kecuali engkau, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi"- [Hadith Riwayat Al-Bukhaari].

904 وعن سعدِ بن أَبي وَقَّاصٍ رضي اللَّه عنه قال : عَادَني رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم فقال : «اللَّهُمَّ اشْفِ سعْداً ، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْداً ، اللَّهُمْ اشْفِ سَعداً » رواه مسلم .

904. Dari Sa'id bin Abu Waqqash ra, dia berkata, 'Rasulullah saw menjenguk saya, kemudian berdo'a. 'Ya Allah, Sembuhkanlah Sa'ad, Ya Allah, Sembuhkanlah Sa'ad, Ya Allah, Sembuhkanlah Sa'ad" - [hadith riwayat Muslim].

905 وعن أَبي عبد اللَّهِ عثمانَ بنِ العَاصِ ، رضي اللَّه عنه أَنه شَكا إِلى رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم وَجعاً يجِدُهُ في جَسدِهِ ، فقال له رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : «ضَعْ يَدَكَ عَلى الذي يَأْلَمُ مِن جَسَدِكَ وَقلْ : بِسمِ اللَّهِ ثَلاثاً وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ : أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ » رواه مسلم .

905. Dari Abi Abdillah Uthman bin Abu Ash ra, dia pernah mengeluh kepada Rasulullah saw tentang penyakit yang dideritakan badannya, kemudian Rasulullah saw bersabda kepadanya, "Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit lalu bacalah,"Bismillah 3 kali, lalu bacalah doa (baca) sebanyak 7 kali , 'Saya berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaannya dari penyakit yang saya derita dan yang saya khawtirkan'" - [hadith riwayat Muslim].

906 وعن ابن عباسٍ ، رضي اللَّه عنهما ، عن النبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « مَنْ عَادَ مَرِيضاً لَمْ يَحْضُرْهُ أَجَلُهُ ، فقالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مَرَّات : أَسْأَلُ اللَّه الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشفِيَك : إِلاَّ عَافَاهُ اللَّه مِنْ ذلكَ المَرَضِ » رواه أبو داود والترمذي وقال : حديث حسن، وقال الحاكِم : حديث صحيح على شرطِ البخاري .

906. Dari Ibn Abbas Ra, dari Nabi saw, beliau bersabda,"Barangsiapa yang menjenguk orang sakit yang belum saat kematiannya kemudian ia membacakan do'a ini sebanyak 7 kali, niscaya Allah saw akan menyembuhkan penyakitnya itu." Doa yang dimaksudkan adalah, "Saya memohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang besar, semoga Allah memberikan kesembuhan kepada kamu, sebanykan 7 kali" - [Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi. Tirmudzi berkata, "hadith ini hassan," sementara Al-Hakim berkata, "hadith ini shaih menurut syarat al-Bukhaari"].

907 وعنه أَنَّ النبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم دَخَل على أَعَرابيٍّ يَعُودُهُ ، وَكانَ إذا دَخَلَ عَلى مَن يَعُودُهُ قال : « لا بَأْس ، طَهُورٌ إِن شَاء اللَّه » رواه البخاري .

907. Dan sesungguhnya Nabi saw menjenguk seorang Badui beliau bersabda,"Tidak apa-apa, mudah-mudahan penyakit ini menjadi pensuci dosa, dengan izin Allah" - [Hadith riwayat al-Bukhaari].

908 وعن أَبي سعيد الخُدْرِيِّ رضي اللَّه عنه أَن جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم فقال : يَا مُحَمدُ اشْتَكَيْتَ ؟ قال : « نَعَمْ » قال : بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عيْنِ حَاسِدٍ ، اللَّهُ يشْفِيك ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ » رواه مسلم .

908. Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, "Malaikat Jibril datang kepada Nabi saw dan berkata, "Wahai Muhammad, engkau sakit?", Baginda menjawab,"Ya". Jibril berdo'a :"Dengan nama Alah, aku menjampimu, dari segala sesuatu penyakit engkau, dari setiap jiwa atau mata yang merasa dengki; semoga Allah menyembuhkan penyakitmu, dengan nama Allah, aku menjampimu." - [hadith riwayat Muslim].
----------

Dari hadith diatas, pelbagai kaedah menjampi yang dapat kita lihat, seperti :-
1. Mengesat jari diatas tanah lalu meniup seperti meludahkan sedikit, dan menyapukan keatas luka. (Hadith #901).
2. Menyapu ketempat yang sakit sambil membaca do'a (Hadith #902 dan #905).
3. Mendoa'kan keatas pesakit,
4. Ruqyah Jibril digunakan oleh Raaqi keatas mereka yg diganggu jin (Majmu' fatawa Abdul Aziz Bin Baaz, 2/640 : bab Hukum Sihir dan Pembomohan dan apa yang bersangkutan dengannya).

------------------
Kesimpulannya Islam membenarkan ruqyah, akan tetapi sikap kita tidak lah gulw (melampau). Bagi penyakit yang dikenal pasti, hendaklah kita berdo'a dan berikhtiyar dengan mencari Doktor yang pakar didalam rawatan penyakit tersebut. Islam meletakkan beberapa syarat bagi setiap jampi/ruqyah dan Nabi saw diriwayatkan pada contoh hadith diatas pernah melakukan ruqyah keatas orang yang sakit. WA.

wassalam.
=============
Rujukan

1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001. ms 189-192.

2. Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi. Riyaadhu Al-Shaalihiin . Beirut : Dar Al-Fikr, 1994. ms 172.

3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa bin Baaz - 2. Riyad : Dar Al-Watan, 1996. ms645.

0 comments:

Post a Comment