Dec 21, 2008

Euthanasia Membunuh Untuk Hilangkan Derita Sakit

Salam

Di sini ana ada kemusykilan berkenaan dengan euthanasia yang membawa maksud intentional killing to end one's suffer.

Contohnya dalam situasi seseorang yang sakit tenat dan kesakitan itu terus menyebabkan dia tersiksa serta tiada harapan untuk hidup, maka beliau disuntik dengan racun untuk mematikannya...

Apa hukum berkenaan dgn masalah ini ?

Segala jawapan amat ana hargai...


Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr SaLaFiaN dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

Euthanasia atau Pembunuhan kerana Kasihan / Mercy Killing (قتل الرحمة) ialah satu cara menamatkan riwayat hidup seseorang individu yang menghadapi penyakit yang amat teruk (terminal illness) atau yang tidak boleh diubati, melalui suntikan racun atau menamatkan bantuan perubatan khas (ICU).

---------------------
Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, ulama besar Islam masakini ada mengeluarkan fatwa beliau 'Ethanasia' ini. Berikut adalah cebisan petikan dari fatwa beliau mengenainya.

لا يجوز للطبيب بحال – ولا لغيره- قتل المريض الميئوس من شفائه لأن فيه عملا إيجابيًا من الطبيب بقصد قتل المريض، والتعجيل بموته، بإعطائه تلك الجرعة العالية من الدواء المتسبب في الموت، فهو قتل على أي حال. سواء كان بهذه الوسيلة أم بإعطاء مادة سمية سريعة التأثير، أم بصعقة كهربائية أم بآلة حادة، كله قتل، وهو محرم، بل هو من الكبائر الموبقة. ولا يزيل عنه صفة القتل أن دافعه هو الرحمة بالمريض".ويمكن قراءة الفتوى كاملة بالضغط على ما يلي: قتل الرحمة و تيسير الموت للمريض

"Tidak dibenarkan bagi Doktor - dan lain-lainnya - memainkan peranan yang positif membunuh pesakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan mempercepatkan kematiannya, melalui suntikan (injection) kandungan ubat yang tinggi, dimana kesannya akan membunuh juga. Sama sahaja dengan cara atau memberinya bahan racun yang mendatangkan kesan cepat, atau kejutan eletrik, atau alat mesin yang tajam, semuanya adalah pembunuhan, Ia adalah HARAM, bahkan ia merupakan satu DOSA yang BESAR. Ia tidak dapat menghilangkan seseorang itu dari sifat membunuh walaupun motifnya adalah kasihan keatas pesakit."

ومن المعروف لدى علماء الشرع: أن العلاج أو التداوي من الأمراض ليس بواجب عند جماهير الفقهاء، وأئمة المذاهب. بل هو في دائرة المباح عندهم. وإنما أوجبه طائفة قليلة، كما قاله بعض أصحاب الشافعي وأحمد. كما ذكر شيخ الإسلام ابن تيمية. (الفتاوى الكبرى لابن تيمية 4/260طـ. مطبعة كردستان العلمية بالقاهرة) وبعضهم استحبه.

"Sebagaimana yang diketahui umum disisi ulama syariah : rawatan perubatan bagi penyakit hukumnya bukanlah wajib disisi fuqaha' dan Imam-Imam Mazhab. Walaubagaimanapun ia dibenarkan. Dan jumlah yang sedkit dikalangan ulama' mengatakan ia wajib, sebagaimana dikalangan pengikut-pengikut Imam Ahmad dan Al-Syafie, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyyah (didalam Fatawa Al-Kubra 4/260, cetakan Percetakan Kurdistan, Kaherah) dan beberapa dikalangan yang menyatakan rawatan perubatan adalah digalakkan atau mustahab.

Bahkan, beberapa ulama berselisih mengenai apa yang terbaik bagi pesakitnya : RAWATAN atau KESABARAN. Ada yang berpegang kepada perlunya menunjukkan ketahanan/kesabaran adalah lebih baik sebagaimana riwayat dari Ibn Abbas dari 2 kitab shahih bahawa :

‏حدثني ‏ ‏عطاء بن أبي رباح ‏ ‏قال قال لي ‏ ‏ابن عباس ‏
‏ألا أريك امرأة من أهل الجنة قلت بلى قال هذه ‏ ‏المرأة السوداء ‏ ‏أتت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله لي قال ‏ ‏إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله أن يعافيك قالت أصبر قالت فإني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها

"Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya: Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang wanita yang menjadi calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu. Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku. Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu. Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh, jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya "

هو رأي فقهاء الأمة في العلاج أو التداوي للمريض. فأكثرهم يجعلونه من قسم المباح، وأقلهم يجعلونه من المستحب، والأقل منهم
يجعلونه واجبًا. وأنا مع الذين يوجبونه في حالة ما إذا كان الألم شديدًا، والدواء ناجحًا، والشفاء مرجوًا منه وفق سنة الله تعالى.

وهو الموافق لهَدْي النبي -صلى الله عليه وسلم- الذي تداوي وأمر أصحابه بالتداوي، كما ذكر ذلك الإمام ابن القيم في هديه -صلى الله عليه وسلم- في "زاد المعاد" (انظر: الجزء الثالث من (زاد المعاد) طـ. الرسالة ببيروت).

"Ini adalah pandangan fuqaha' Ummah mengenai rawatan perubatan : Kebanyakkan mereka berpegang bahawa ia dibenarkan, ada yang mengatakan digalakkan rawatan, dan beberapa bilangan yang kecil mengatakan wajib. Saya sendiri bersetuju dengan mereka bahawa jika sakit tidak boleh ditahan lagi, maka rawatan adalah caranya (kejayaannya), dan sakit boleh dipulihkan dengan sunah Allah swt.

Ini bersesuaian dengan petunjuk Nabi saw, yang melakukan rawatan terhadap dirinya sendiri dan memerintah para sahabat mencari rawatan untuk kesembuhan; Ini disahkan oleh Ibn Al-Qayyim didalam Zaad Al-Ma'ad."

Akan tetapi jika berlaku sakit yang diluar batasan, dan keajaiban sahaja yang boleh menyembuhnya, dengan tambahan sakit yang semakin meningkat, tiada siapa lagi yang boleh mengatakan rawatan adalah wajib atau digalakkan. Bahkan, doktor bertindak memberhentikan perubatan, yang mana tidak ada gunanya lagi, didalam kes ini telah TERBUKTI, dan ia juga dapat membantu mengurangkan kesan negatif akibat kesan ubat.

فهذا النوع من تيسير الموت - إن صحت التسمية - لا ينبغي أن يدخل في مسمى "قتل الرحمة"، لعدم وجود فعل إيجابي من قبل الطبيب، إنما هو ترك لأمر ليس بواجب ولا مندوب، حتى يكون مؤاخذًا على تركه.
وهو إذن أمر جائز ومشروع، إن لم يكن مطلوبًا، وللطبيب أن يمارسه، طلبًا لراحة المريض وراحة أهله. ولا حرج عليه إن شاء الله.

"Ini adalah jenis menyenangkan kematian. Ini amat berbeza dengan perkara yang kontrovesial "Pembunuhan kerana kasihan" - yang tidak menunjukkan sebarang perbuatan positif dari pihak Doktor; bahkan ia menyerahkan kepada apa yang tidak wajib dan tidak digalakkan, malahan ia tidak dipertanggung jawabkan (persalahkan).

Keizinan adalah disyariatkan dan dibenarkan, jika ia bukan perkara yang diinginkan, dan bagi doktor yang melakukannya, bagi tujuan melegakan pesakit dan keseluruhan keluarganya. Tidak ada salah melakukannya, Insyaallah.

---------------
Disana terdapat keadaan dibenarkan menutup suis sistem bantuan hayat (life support system) dimana :

وبناء على ذلك يكون هذا أمرًا مشروعًا ولا حرج فيه أيضًا، وبخاصة أن هذه الأجهزة تبقى عليه هذه الحياة الظاهرية - المتمثلة في التنفس والدورة الدموية - وإن كان المريض ميتًا بالفعل، فهو لا يعي ولا يحس ولا يشعر. نظرًا لتلف مصدر ذلك كله وهو المخ.
وبقاء المريض على هذه الحالة يتكلف نفقات كثيرة دون طائل، ويحجز أجهزة يحتاج إليها غيره، ممن يجدي معه العلاج، وهو - وإن كان لا يحس - فإن أهله وذويه يظلون في قلق وألم ما دام على هذه الحالة، التي قد تطول إلى عشر سنوات أو أكثر!.

"Menurut keadaan ini tidak ada halangan keatasnya dan syara' membenarkannya juga, khususnya alat bantuan luar - digunakan bagi tujuan pernafasan dan sirkulasi - malah pesakit sebenarnya telah mati, dimana ia tidak pun mempunyai rasa atau perasaan. Satu pandangan yang mana otak tidak berfungsi lagi (brain death)

Pesakit akan berada didalam keadaan ini, memerlukan banyak perbelanjaan yang tidak ada gunanya lagi, dan mesin bantuan hidup pun tidak berguna bagi merawatinya - dan ia tidak mempunyai perasaan. Keluarganya masih risau dan sakitnya akan berpanjangan, yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 tahun atau lebih."

----------------

Kesimpulannya, didalam Maqasid Al-Syariah, Islam menjaga kehidupan, dimana Euthanasia tidak dibenarkan. Euthanasia dikatakan bertentangan dengan kehendak keperluan agama itu sendiri. Ia menunjukkan kepada betapa murahnya nilai harga nyawa. Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi tidak membenarkan Pembunuhan kerana Kasihan, dengan cara memberi suntikan kepada pesakit yang sedang melarat sakitnya, agar memudahkan kematiannya sepertimana yang sdr SaLaFiaN nyatakan diatas . Akan tetapi, jika pesakit sudah benar-benar mati atau 'brain death', maka mesin bantuan sokongan bolehlah dihentikan perkhidmatannya, atau sakit yang tidak boleh diubati lagi, maka dibenarkan ia mati akibat penyakit yang dihadapinya tanpa bantuan perubatan. Cara ini pada beliau, bukanlah diistilahkan sebagai 'Pembunuhan kerana kasihan'.

wallahu 'alam

-wassalam-
-----------------------
Rujukan :

1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - II cetakan ke 9. Dar Al-Qalam, 2001.ms 525-529

0 comments:

Post a Comment