Dec 16, 2008

Demokrasi

ska »

salam

Soalan: Adakah konsep demokrasi Barat itu haram di dalam Islam?

Jawab:

Tidak ada suatu kaedahpun dalam Islam yang melarang kita mengambil teori ilmiah dan penyelesaian amali yang berasal dari non-muslim; asalkan ia memberi maslahat kepada umat Islam, tidak berlawanan dengan nas-nas syara', dan di waktu yang sama kita sentiasa peka, waspada dan menilai setiap sesuatu yang kita ambil dari bukan Islam. Dalam hal ini demokrasi ialah kaedah praktikal membentuk kerajaan dan memilih pemimpin dan islam tidak ada masalah mengadaptasikan ke dalam sistemnya (alQaradawi, al Hal al Islami)

----------------------------------
Dalam soal jawab diatas, ustaz telah memberikan pendapat alQardawi dlm masalah demokrasi ini. saya telah berjumpa beberapa org yg mengatakan bahawa demokrasi itu bukan dari sistem islam. jadi, dgn menggunakan hujjah: "sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, dia adalah sebahagian dari mereka"(hadith kalau tak silap). dgn itu, ia tidak boleh diguna pakai sama sekali. dlm pemerhatian saya pula, saya lebih setuju dgn pendapat yg mengatakan bahawa demokrasi itu bukan dari islam. dgn sistem demokrasi yg ada kat m'sia skrg ni, saya melihat ia lebih banyak membawa kerosakan dan mafsadah dari kebaikan. lihatlah pepecahan umat islam. ini bertentangan dgn ayat alquran yg menyuruh umat islam bersatu. lihat pula bagaimana, perkelahian antara parti ini memaksa kita umat islam tidak bersikap sebagaimana yg disuruh iaitu: bersifat lembut sesama islam dan bersikap keras dgn bukan islam. dan banyak lagi yg lain. saya ingin tahu perbahasan ulama tentang perkara ini, bolehkah ustaz cadangkan kitab2 yg boleh dijadikan rujukan? selain alQardawi siapakah lagi ulama yg membahaskan tentang perkara ini? saya hanya menjumpai perkara ini dlm kitab alqardawi- fiqh al daulah.
al-'ilmu: qaala Allah wa qaala Rasul



*****************************************
thtl »

wassalam

Jawab:

Pertama: komentar Cara/metode sdr ska membuat rumusan hukum adalah dianggap gopoh dan mudah membuat rumusan. Dalam kajian perbandingan atau tarjeeh, kita hendaklah lebih "open" dan memberi sedikit masa utk membuat lebih kajian disamping menguasai beberapa ilmu pokok dalam memahami kaedah2 fiqih.

Komentar ahkam online: Bila kita merujuk pada beberapa orang yg tidak kuat atau tidak terbukti kealimannya, maka pendapat mereka akan menyebabkan anda semakin keliru. Dr alQaradawi mendahului ulama'2 lain dalam bidang fiqh dewasa ini dan pendapat2 beliau lebih unggul jika nak dibandingkan dgn fuqaha' di Malaysia. jadi hujah2 Dr Qaradawi yg disokong dgn dalil2 yg kuat hendaklah diutamakan dari pendapat2 orang lain yg jika kita rasakan tidak sampai ke tahap Qardhawi.

Kedua: Apa yg bukan berasal dari sistem Islam tidak boleh diambil kerana ia masuk hukum tasyabbuh (menyerupai suatu kaum), apakah ia terpakai utk semua sistem. Apakah maksud sistem itu?

Komentar ahkam online (th)

Tasyabbuh adalah hukum umum yg khusus menjaga akidah, ibadah dan peribadi umat Islam. Bila kita bercakap soal sistem ia adalah digunakan utk memudahkan kehidupan kita.

Cth: sistem pertahanan (defence system), terbukti sejak zaman Nabi saw, umat Islam telah mencedok sistem pertahanan dari umat yg lain. Sistem pentadbiran: Umar alKhattab mengambil sistem perakaunan dari farsi dan mengujudkan sistem kepolisian. Mu'awiyah mengambil sistem keselamatan dengan mengujudkan bodyguards yg diambil dari budaya Rumawi dan farsi. Sistem penjara juga diambil dari tamaddun lain.

Maka berbalik pada sistem politik. Mu'awiyah ra memperkenalkan sisten dinasti yg diambil dari sistem sebelumnya. Uthmaniyah menggunakan sistem beraja, Saudi Arabiya menggunakan sistem politik yg berdasarkan Raja. Malaysia selepas Parameswara memeluk Islam mengekalkan sistem beraja. Adapun demokrasi adalah sistem yg tua berasal dari tamaddun Yunani lagi bermaksud rakyat memilih pemimpin dan sistem ini tidaklah asing dalam Islam.

Pokoknya apabila yg kita nak ambil itu sistem, dan tujuannya utk menjadikan kita lebih efisen, maka tidakan mengambilnya bukanlah menyerupai suatu kaum. Islam bila ia mengambil apa jua sistem dia hendaklah mengubahsuai selaras dgn intipati ajarannya.

Ketiga: Demokrasi membawa kerusakan dan mafsadah.

Ulasan Ahkam:

Demokrasi hanyalah tools, atau sistem. Bayangkan sebilah pisau, ia juga sebilah tools (alat), boleh digunakan utk memotong buah dan pisau yg sama boleh digunakan utk merompak dan membunuh orang.

begitu juga demokrasi...ia adalah sistem atau tool, manusia boleh menggunakan demokrasi utk melantik manusia yg baik ke Parlimen atau membawa manusia kroni, korup dan buruk akhlaknya ke parlimen. Manusia yg pelru dipersalahkan. Lihat sahaja internet, TV, akhbar..boleh membawa maklumat dan ilmu, dan diwaktu yg sama boleh menjadi alat yg kejam dan penyibaran maksiat. WA

0 comments:

Post a Comment