Abdulrahman »
Assalamu'alaikum!
Ustaz, adakah dikira berdosa (atau melanggar hukum takzir) jika seseorang melanggar undang2 yang ditetapkan pemerintah yang tidak memerintah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? i.e langgar lampu merah di traffic light, tak bayar saman, dll.
MFMN
*********************************
thtl »
Jawab:
Pemerintah yg tidak memerintah berlandaskan AQ dan asSunnah bukanlah lesen untuk penduduk sesuatu negeri itu melakukan sosial disobedience (keingkaran sosial) spt enggan mematuhi peraturan jalanraya, tidak mahu bayar saman, merosakkan harta awam (vandalism), dsbnya.
Ini kerana cara mendirikan sebuah kerajaan yg memerintah dengan AQ dan Sunnah itu mestilah menurut cara yg Sunnah juga bukannnya dengan cara niat menghalalkan cara dan kita memilih kaedah kacaubilau. Ini kerana Imam Ibn Taymiyah berkata dalam kitabnya Siasah Syar'iyah, berada dalam negara yg tiada kerajaan atau keadaan huruhara itu lebih buruk dari berada di bawah kerajaan yg demikian. Maknanya kita kekalkan keamanan yg sedia ada dan berusaha menukar kerajaan atau memperbaikinya tanpa perlu mencetuskan suasana tidak stabil dan kekacauan baik dijalanraya sekalipun. Kita mahukan keselamatan jalanraya bertambah baik walaupun kerajaan belum mengikut AQ dan asSunnah, kita mahukan jalanraya terlebih dulu mengikut AQ dan Sunnah, di mana ia selamat untuk penggunanya. Sebagaimana kalau kita melawat negara-negara Barat, walaupun negara mereka tidak diperintah secara Islam, tapi kebersihan, kesedaran civic, keselamatan jalanraya mereka sudahpun Islamik, malah mengikut Syaikh Muhammad Abduh, keadaan sosial dan disiplin masyarakat Barat sudahpun selari dgn Islam.
Jika Nabi menyebut membuang gangguan dijalanan sebagai ibadah, maka menjaga keselamatan jalanraya itu termasuk dalam membuang gangguan di jalanraya. WaLLahu a'alam
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment