Dec 30, 2008

Keluar Darah Warna Pink Dengan Lendir

Di sini saya ingin meminta pihak saudara memberikan jawapan tentang kemuskilan dalam kes saya ini. soalannya bergini :

Q1 - Ada setitik darah yang berwarna lembut(pink lembut) keluar bersama lendir dan apabila di tunggu darah tersebut tidak keluar lagi. Contohnya: Ia keluar pada waktu malam, dan ditunggu sehingga waktu siang dan masih menunggu sehingga waktu Zohor, darah atau lendir tidak keluar. Perlukah saya melakukan solat seperti biasa atau mandi wajib. Bagaimanakah?
Q2 - Dalam kes tersebut , perlukah saya berpuasa ??

-----------------
Jawab:

Jawapan JS itu tidak releven dan tidak mewakili Manhaj Fiqh alAhkam Online. Inilah jawapan resmi Ahkam.

Q1: Titisan darah berwarna PINK bersama lendir itu adalah dari jenis Leukorrhea (vaginal discharge) yg dikenali dgn nama 'hypoestrinism' (Krupp & Milton, Current Medical Diagnosis & Treatment, pg 433). Jika ia keluar di luar waktu Period/Haidh, maka tidak perlu mandi janabah. Anda hendaklah membersihkan kemaluan dan berwudhu' dan wajib ibadah spt biasa.

Q2: Puasa juga wajib kerana hanya haidh dan nifas saja yg thabit dalam hukum fiqh perempuan mengenai darah-darah yg sudah dimaklumi: haidh, nifas dan istihadzah. Darah atau cecair leukorrhea termasuk istihadzah. WA

0 comments:

Post a Comment