Dec 24, 2008

Dinosour Wujud Sebelum Atau Sesudah Adam?

Salam

Mungkin soalan yang saya nak kemukakan ni agak pelik dan kelakar. Tapi mungkin pihak Ahkam ada jawabnya.. Soalan saya.. Bila wujudnya zaman dinosour?.. adakah sebelum Adam atau sesudah Adam ?.. sebab dalam qasasul anbiya' takde pun disebut akan kewujudan binatang besar seperti dinosour... tapi kewujudannya di buktikan secara saintifik. dan sains juga menyatakan telah wujud manusia semasa zaman Dinosour ni..

Wassalam :confused:


Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Nuun dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Apabila merujuk kepada zaman, sudah tentu perkara yang perlu kita ketahui ialah diantara nabi Muhammad (atau zaman kita) dan Nabi Adam, berapa lamakah jaraknya? Kemudian barulah kita bandingkan dengan kajian saintifik keatas fossil dinosaur yang dikatakan dapat menerangkan lebih kurang bilakah zaman dinosaur dan dibandingkan dengan bilakah kewujudan Nabi Adam as.

Jarak diantara Nabi Muhammad saw dengan Nabi Adam as. tidaklah adalah terhadapnya hadith-hadith yang spesifik berkenaan dengannya. Nas-Nas yang ada merujuk kepada jarak diantar satu Nabi dengan Nabi yang lain, itu pun tidak semua. Malah terdapat beberapa isu belum ada jalan penyelesaiannya. Diantaranya yang telah disebut oleh Sheikh Salih Al-Munajjid :

· اختلاف العلماء في تحديد القرن هل هو مائة عام أم هو الجيل ، فإن كان الصحيح أنه الجيل فإن الثابت من أعمار أهل تلك الفترة هو جزء من عمر نوح وهو الذي قضاه في دعوته ، ولا نعلم كم كان معدَّل أعمار بقية أهل تلك الأجيال .

-Perbezaan pendapat ulama' berkenaan dengan definisi perkataan "QARN" (yang biasanya diterjemahkan sebagai abad) - apakah ini bermakna 100 tahun, atau ia bermaksud satu generasi? Apa yang kita tahu ialah umur manusia pada masa itu adalah secebis dari masa Nabi Nuh gunakan untuk dakwahnya, dan kita tidak tahu berapa lama manusia generasi tersebut hidup.

· عدم ورود ما يحدد المدة بين إبراهيم وموسى عليهما السلام بالسنوات .
-Tiada riwayat yang mendefinasikan berapa tahun jarak dinatara nabi Ibrahim as. dan Nabi Musa as.

Topik jarak umur nabi Adam as. telah dibincangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Pendekar didalam url dibawah :-

---------------------
Perkataan Dinosaur datang dari 2 perkataan latin : Deinos - "Besar/Hebat" dan Sauros - "cicak"; jadi ia memberi satu gambaran binatang yang berbentuk cicak yang besar. Dikatakan Sir Richard Owen telah memberikan nama "dinosaur" pada tahun 1841. Fossil Dinosaur yang mula-mula dijumpai adalah didalam tahun 1678 di England. Terdapat juga mayat-mayat manusia dikatakan beberapa kali dijumpai bersama-sama dengan dinosaur. Akan tetapi persoalan sebelum atau selepas kejadian manusia dinosaur wujud, tidak ada jawapan tepat yang telah diperolehi.

Disamping melihat bilakah wujudnya zaman dinosaur, mereka juga masih mengkaji apakah sebab-sebab berlakunya kepupusan keatas binatang Dinosaur ini, dimana kemungkinan besar disebabkan oleh samada :-

1. Buruan manusia pada zaman tersebut atau,
2. Satu tahi bintang/meteor (نَيْزَك) telah jatuh laut dan mengakibatkan banjir yang besar yg membunuh semua dinosaur
3. Berlakunya banjir besar dizaman Nabi Nuh as.

Kesemua ini merupakan assumption atau andaian tidak ada jawapannya. Menurut pendapat Dr. Muslim Shaltoot :

بقي أن نعرف أن هذه الفرضيات والاحتمالات قد ترددت كثيرًا عبر تاريخ الجنس البشري كله، ولكن الله كان خير حافظ ومعين، وهناك من العلماء المعاصرين من يؤمن ببعض هذه الاحتمالات في تفسير أمور كثيرة في التاريخ الطبيعي كظواهر انقراض الديناصورات، وفي تاريخ البشرية كطوفان نوح وتدمير بعض المدن التي انتشر الظلم والفسق بين أهلها.

"Apa yang tinggal ialah sesungguhnya andaian dan kemungkinan ini telah berputar dengan banyaknya melalui keseluruhan sejarah manusia, akan tetapi Allah telah memelihara dan menolong, disana terdapat beberapa saintis-saintis kontemporari mempercayai bahawa kemungkinan didalam pertafsiran beberapa perkara didalam Fizik sebagaimana yang terdapat didalam fenomena kepupusan dinosaur dan perkaitannya dengan sejarah manusia sebagaimana didalam banjir zaman Nabi Nuh dan berlakunya kemusnahan beberapa bandar-bandar yang melakukan kezaliman dan kemusnahan yang berlaku pada mereka"

-----------
Ulama' menasihatkan agar cukuplah dengan mempercayai dengan apa yang beritakan didalam Al-Quran :

وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا

"Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassi dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu. " - [al-Furqaan 25:38].

Dan begitu jugalah kejadian bumi dan langit dan apa yang ada didalamnya :

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." [al-A’raaf 7:54]

Perkara-perkara seperti apakah zaman Dinosaur sebelum, semasa atau selepas nabi Adam as. bukanlah persoalan yang menggugat pengabdian kita kita Allah swt, ia tidak termasuk didalam perkara-perkara yang perlu diketahui olah orang-orang Islam.

Sheikh Mohammad Salih al-Munajjid apabila ditanya mengenai 'apakah boleh dipercayai bahawa dinosaur telah wujud sebelum kejadian Adam dan Hawa?'

Jawab beliau :

"Allah mencipta Adam as. pada hari Jumaat, 6 hari dari permulaan kejadiannya. Ada teks yang menyebut bahawa dia telah dicipa pada 5 hari yang sebelumnya, didalam cerita yang pendik dan umum, akan tetapi mengenai terperincinya bagaimana ia dicipta, Allah sahaja yang tahu sebaiknya. Soalan seperti ini, tidak ada kepercayaan yang dapat dijadikan sebagai dasar, ia sesuatu yang tidak ada faedah dan tidak bermakna. Imam tidak akan meningkat atau turun samada seseorang itu percaya kepada dinosaur atau tidak. Telah diriwayatkan bahawa Nabi saw melarang kita dari memenuhi diri kita dengan perkara yang boleh mengkusutkan (confuse) dan tidak jelas. Kita juga tahu bahawa ramai orang yang berbeza pendapat samada dinosaur wujud atau ia satu jenis imiginasi. Allah yang tahu sebaiknya."

wallahu'alam, wassalam

=========
Rujukan :

1. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. كم سنة بين آدم ومحمد عليهما الصلاة والسلام url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=20907&dgn=3&dgn=2

2. Anjum Makki. WHO KILLED THE DINOSAURS?. url : http://www.najaco.com/islam/islam_science/islam_science5.htm

3. Dr. Muslim Shaltoot. (Planet kecil akan berlanggar dengan bumi?) الكويكبات هل تصطدم بالأرض؟ url : http://www.islamonline.net/iol-arabic/dowalia/scince-34/scince3.asp

4. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. Believing that dinosaurs existed
url : http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=3668&dgn=3

10 comments:

Anonymous said...

menarik cite nih

Anonymous said...

orang barat hanya mereka2 cerita bahawa dinosour tu wujud..sedangkan diorang bleh kata manusia terhasil dr evolusi beruk??? xde plak saya tgk beruk2 yg ade skang jd manusia..hehehe.

Anonymous said...

Entah benar atau tidak... Itu anya rekaan org barat.. Mereka suka mengubah sesuatu dgan sedikit ilmu tanpa mempunyai rujukan @ panduan. Sedangkan kita sewaktu bayi hendak belajar bercakap, kita memerhati dan diajar ibu serta ayah kita.. Sekian... Asalamualaikum.

Legasiraya said...

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)

Pembunuhan menumpahkan darah peperangan berteknologi tinggi di kalangan pelbagai bangsa JAN melibatkan para malaikat seperti yang diberitahu malaikat

Legasiraya said...

• Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama-nama, benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah 2:31)
• Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:32)
• Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (Al-Baqarah 2:33)

Legasiraya said...

• Adam a.s mengagung serta mensucikan Allah dengan sekalian asma’ Allah Yang Maha Tinggi.– suatu hal yang tidak dapat dilakukan oleh malaikat lantaran malaikat tiada pengetahuan tentang itu. Sedangkan bagi Adam a.s ia suatu hal yang sangat mudah kerana sekalian Asma’ Allah itu telah dilengkapkan oleh Allah di dalam dadanya sebagai salah satu rahsia ketuhanan.
• Hal ini dijelaskan oleh Imam Al-Kabir Shaikh Muhyiddin Ibnu Arabi;
“Para malaikat tidak memperoleh kelengkapan Adam a.s, dan tidak memahami asma’ Ilahi kerana ia asing bagi mereka. Maka tiadalah mereka dapat mensucikan Allah serta mengagungkanNya dengan segala asma’ Ilahi." - Futuhatul Makkiyyah, Fusus Hikam
Bahkan malaikat juga tiada mengetahui benda-benda di dunia ketika Allah Ta’ala menyuruh mereka menyebut nama-nama tersebut.
• Allah Ta’ala mengajarkan Adam a.s akan kesemua nama benda di dunia termasuk nama tumbuh-tumbuhan, haiwan serta sekalian jamadat serta kegunaannya. Adama a.s telah dapat menguasainya dengan baik, maka Allah Ta’ala berpaling kepada malaikat lalu memerintah supaya mereka (malaikat) menyebutkan nama benda-benda yang telah dijadikan.
• Para malaikat tidak dapat menyebutnya, seperti Adam a.s yang telah menyebutnya satu persatu dengan jelas.
• * Dari Tafsir Ibnu Abbas, Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs

Legasiraya said...

ILMU SEGALA Asma Ul-Husna (kebolehan manusia berubah bentuk Naga, Harimau dan Garuda serta pelbagai kemahiran lain seperti berjalan atas air, awan dan dasar laut) dimana Allah SWT telah mengajar Nabi Adam a.s. tentang nama-nama dan benda-benda yang luar biasa diluar kemampuan para malaikat. Kebolehan ini membolehkan Adam menjadi khalifah memerintah langit dan bumi bertujuan penyatuan umat besar-besaran disamping proses penyebaran manusia sempurna (penerangan lanjut ILMU SEGALA rujukan hadis )

Legasiraya said...

• Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah 2:2)
• Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah 2:3)
• Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (Al-Baqarah 2:4)
• Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Baqarah 2:5)

Semoga kita semua diberi petunjuk menjadi Mukmin dikalangan Muslim..Wallahualam, Allah lebih mengetahui.

Legasiraya said...

Pewaris ILMU SEGALA Asma Ul-Husna ialah para Nabi dan Rasul serta para aulia Allah atau wali-wali Allah.


Adam a.s dapat melewati Sidrotul-muntaha hingga ke arasy
Adam a.s mengenal Allah dengan sebenar kenal dan ubudiyyah kepadaNya dengan ubudiyyah yang sempurna. Tiada batas, tanpa had, tanpa jarak hanya semata-mata melihat wajah Allah Ta'ala. Sedangkan malaikat tiada dapat melakukannya kerana mereka tertahan di Sidrotul-muntaha.
Keadaan ini dijelaskan dalam peristiwa isra’ mi’raj. Setibanya di Sidrotul-muntaha, berkata Jibril kepada Nabi saw: “Aku tak dapat lagi bersama engkau Ya Muhammad. Jika aku maju satu langkah sahaja nescaya aku akan terbakar hangus.” Sedangkan Nabi saw meneruskan perjalanan mi’raj baginda bersendirian tanpa sebarang halangan sehingga akhirnya tahiyyat di hadapan Rabbul Jalil di balai penghadapanNya di Arasy.

Ini memberikan gambaran yang sangat terang akan maqam rasul, nabi dan aulia Allah yang mengatasi sekalian malaikat termasuk malaikat muqarrobin sekalipun.
Catatan: Mi'raj dengan jasad dan ruh terkhusus bagi Nabi Muhammad saw sementara bagi rasul-rasul, nabi dan aulia Allah adalah mi'raj itu semata-mata perjalanan 'ruh'.

Shah Rayzal said...

Salam
Boleh bertanya...APA maksud Auliah Allah?

Post a Comment