Dec 30, 2008

Kelab Kembara Mendaki Gunung

Assalamualaikum Sahabat sahabat & Ahli panel Al-Ahkam semua,

Saya adalah seorang KETUA dlm sebuah kelab kembara pendaki gunung yang menjadikan aktiviti lasak ini sebagai satu acara sukan bagi memenuhi hujung minggu kami. Ada lebih drpd 20 orang ahli dlm kumpulan kendalian saya yang terdiri dari lelaki dan wanita yg ramai drpdnya adalah rakan sepejabat. Perkhemahan dan pendakian kami selalunya hanya mengambil waktu tidak lebih drpd 3 hari 2 mlm sahaja. Ramai drpd ahli kelab ini masih bujang & tak sampai 5 orang yang telah beristeri atau bersuami (berkeluarga)

Soalan saya:
Bagaimana agaknya 'saham' saya akan dikira diakhirat nanti kerana menjadi penganjur (tanpa keuntungan) kerana adakalanya ahli ahli kelab saya ini

1. Tidak bersolat bila waktunya
2. Tidak menutup aurat (lelaki memakai seluar pendek & wanita tidak menutup rambut mereka (dll)
3. Pergaulan antara bukan muhrim
4. Ada suami yg membohongi isteri untuk turut serta (saya dpt tahu selepas tamat program)
5. Ada isteri yg membohongi suami untuk turut serta (saya dpt tahu selepas tamat program)

Niat saya untuk menganjurkan program ini lebih menjurus kepada riadah yg menyihatkan badan tidak lebih dari itu tetapi tak tahulah mungkin juga ada antara mereka yg turut serta mempunyai motif tertentu (spt: pak we dia ajak atau makwe dia ajak).

Kini saya jadi tawar hati untuk menganjurkan program sebegini apabila memikirkan hal hal diatas sedangkan rakan rakan (ahli) sering bertanya bila lagi agaknya program mendaki gunung akan saya anjurkan.

:zHarap Ustaz Al-Ahkam semua dpt memberi pandangan akan perkara ini. Sekian terima kasih

_________________
Salam

Alhamdulillah telah datang kd jiwa sdr perasaan serba salah dgn maksiat. Sikap sensitif sdr dgn dosa adalah satu tanda yg baik.

Berkaitan program yg dianjurkan sdr, pada asal hukumnya harus. Apatah lagi riadah juga merupakan satu tuntutan dalam Islam. Walaupun begitu, keharusan itu boleh sahaja bertukar menjadi haram sekiranya berlakunya maksiat dalam program tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab sdr sebagai penganjur utk memberikan nasihat dan menyiapkan satu guideline/peraturan ketika program itu dijalankan. Sdr boleh juga berhenti ketika masuk waktu(jika tengah mendaki) dan mengingatkan mereka utk bersolat. Sekiranya mereka enggan utk bersolat ataupun masih melakukan maksiat, maka anda telah melakukan apa yg patut. Tidaklah anda menanggung dosa mereka berdasarkan surah Al-An'aam ayat 164 yg mengatakan seseorang itu tidak mewarisi dosa org lain. Namun demikian, sekali lagi diingatkan, sdr sebagai penganjur harus mencegah kemungkaran setakat yg sdr mampu sptmana di dalam hadis berikut:

Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".[HR Imam Muslim]

Ttp sekiranya sdr tidak mampu dan telah nyata program sdr telah menjadi satu medan maksiat, maka dinasihatkan agar tidak diadakan program tersebut. Atau mungkin sdr boleh adakan program yg asing antara lelaki dan perempuan. Sekian. WA.

Wassalam

_________________
Wassalam

Baik sekali jawapan Ust Gayat kami. JKK

Tambahan:

Kalau kita perhatikan di Malaysia dalam pelbagai aktiviti sosial dan mu'amalat selalunya dibahagikan kepada dwi-sistem. Ada NGO dan kelab yg membawa pendakatan konvensional dan ada yg membawa pendekatan Islamik. Perbankan ada perbankan Islam dan konvensional, industri muzik dan seni: ada seni yg konvensional dan Islamik (nasyid). Begitu juga sukan dan rekreasi, terdapat dalam masyarakat aliran konnvensional dan Islamik. Perkhemahan (Summer camps) anjuran badan yg masyhur spt AKRAB adalah menitikberatkan ciri2 Islamik.

Jadi Kelab Kembara yg anda tubuhkan ini hendaklah ditetapkan dasar dan halatujunya, samada liberal (konvensional) atau Islamik. Jika dasar kelab ini riadhah berunsurkan Islam, ada ruang menyalurkan Islam kepada ahlinya, maka hendaklah didraft peraturan atau etikanya.

Bidang kuasa KETUA itu bagaimana? Kita benchmark (mengambil contoh) persatuan persilatannya misalnya ada yg menggariskan garispanduan, misalnya anggutanya hendaklah mengerjakan suruhan agama spt solat lima waktu, tidak boleh mengerjakan yg haram, menutup aurat, dsbnya. Jadi kelab pimpinan anda mestilah mengujudkan etika dan halatujunya terlebih dahulu. WA

0 comments:

Post a Comment