Jan 16, 2009

Pembahagian Harta Pusaka

Assalamualaikum..

Bapa saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Dia meninggalkan sejumlah wang dan beberapa keping tanah. Dia meninggalkan seorang isteri, 4 org anak perempuan & seorang anak lelaki.

Bagaimanakah pecahan pusaka itu perlu di bahagi?

Sekian & salam

*****************
Salam

Isteri secara automatic mendapat 1/8. Ini berdasarkan ayat surah an-nisa’ ayat 12:
"... Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh satu per lapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuh, wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu ..." (Surah an-Nisa': ayat 12)

Pembahagian adalah 8. si isteri telah mendapat 1/8. Maka, baki utk anak lelaki dan perempuan adalah 7/8.

Anak lelaki mendapat 2 bahagian berbanding setiap anak perempuan.

Firman Allah S.W.T:
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan..." (Surah An-Nisaa': ayat 11)

Perkiraan Terperinci:
Anak lelaki (AL)

Anak Perempuan (AP) 1

Anak Perempuan 2

Anak Perempuan 3

Anak Perempuan 4

AL dan 4 AP adalah Asabah (baki) 7/8.

Asal Masalah 48 = 6 x 8

Isteri 6/48.

AL 14/48 (2x7=14 Lelaki 2 bahagian)

AP 7/48

AP 7/48

AP 7/48

AP 7/48


Jadi, jumlahnya 48/48.

Jawapan: Tytsezh
Diedit oleh: Ziy@d
Disemak dgn menggunakan kitab Al-Mawarith Fil Islam

13 comments:

Alhamdulillah said...

Assalamualaikum,

Saya mempunyai nenek saudara yang meninggal dunia pada 2011.
Aruah nenek saudara ini mempunyai seorang adik shj yang masih hidup.
Aruah nenek saudara saya mempunyai seorang anak lelaki tunggal yang telah meninggal dunia pada 2010.
Manakala aruah anak lelaki ini pula mempunyai 1 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan.

Bagaimanakah pembahagian harta pusaka simati.

Anonymous said...

apakah hukum membaikpulih rumah arwah ibu mertua yang tidak tahu menjadi hak milik siapa kerana tak dibuat pembahagian harta pusaka sedangkan arwah telah meninggal dunia lebih dua tahun

Anonymous said...

SEMASA IBU SAYA MASIH HIDUP SAYA TELAH MEMBUAT PINJAMAN BANK UNTUK MEMBAIKPULIH DAN MEMBESARKAN RUMAH IBU SAYA. SETELAH DUA TAHUN LEBIH IBU SAYA MENINGGAL DUNIA DAN MASIH TIDAK MEMBUAT PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DAN RUMAH TERSEBUT TIDAK TAHU MENJADI HAK SIAPA. SAYA INGIN BERTANYA BOLEHKAH SEKIRANYA RUMAH TERSEBUT SETELAH MENJADI MILIK SESEORANG DAN DIBUAT PENILAIAN SEMULA, SAYA MENGAMBIL SEMULA WANG YANG TELAH SAYA BELANJAKAN UNTUK MEMBUAT RUMAH ITU SEMASA IBU SAYA MASIH HIDUP DULU..SEDANGKAN ORANG LAIN TIDAK MENGELUARKAN BELANJA UNTUK MEMBESARKAN RUMAH ITU?

Anonymous said...

Seorang suami telah berpesan kepada isterinya bahawa apabila dia (suami) meninggal dunia, semua harta dan wang simpanan beliau akan menjadi milik isterinya. Selepas beberapa bulan suaminya meninggal dunia, isterinya telah mengambil semua wang simpanan suaminya.

1. Adakah hilang hak waris yang lain dgn wasiat seperti itu? (mereka mempunyai anak lelaki dan perempuan)

2. Apakah hukum perbuatan isterinya itu?

Unknown said...

assalmuallaikum....
ustaz saya nak tanya 1 soalan...saya ada dua beradik...1 laki 1 perempuan....saya ialah anak angkat bagi 1 keluarga...saya telah dibintikan atas nama ayah angkat saya..sebelum arwah meninggal dia telah membahagikan harta kepada saya dan anak kandungnya...setahu saya kalau anak angkat dibinti atau dibin hukum nya adalah haram...bagaimana hukum harta yang saya dapat???? saya nak tahu bagaimana hukum harta yang saya dapat....halal atau haram...
bagaimana hukum hendak menebus dosa arwah ayah angkat saya kerana telah membintikan nama saya dengan nama beliau....

Anonymous said...

ikut pmbahagian dlm islam.blh rujuk mana2 majlis/ jabatan agama islam

Anonymous said...

harta kalau dpt sblm dia meninggal dikira hadiah drpd dia.kalau dh meninggal xblh ambil sb bkn waris kecuali kalau ada waris yg sanggup bg hak dia pada anda.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustz...saya nak tanya tentang pampasan insuran nyawa si mati...? Bru-bru ni ayah saya meninggal kerana kemalangan dan mendapat pampasan insurans...dia meninggalkan seoang isteri dan 9 orang adik beradik....adakah pampasan tersebut trmasuk dlm harta pusaka dan adakah ia perlu di bahagi2kan....?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya berkenaan harta pusaka barang kemas arwah ibu. selepas kematian ibu, ayah dan adik beradik saya ada buat perbincangan/mesyuarat berkenaan barang kemas ibu. dengan persetujuan semua, mereka bersetuju sebulat suara untuk menyerahkan barang2 kemas ibu kepada anak2 kandung perempuan sahaja. tidak lama selepas itu ayah saya pula meninggal, dan salah seorang adik lelaki telah menyuarakan bahawa barang kemas ibu adalah kepunyaan arwah ibu bukan ayah, dan perlu dibahagikan mengikut hukum faraidh. yang menjadi pertanyaan saya adalah dulu semua setuju dan kenapa tidak suarakan semasa didalam perbincangan/meeting sewaktu arwah ayah ada lagi? boleh ustaz berikan pencerahan hukum berkenaan hal ini. sekian terima kasih..

Ab Halim said...

asalamualaikum ustaz

atuk saya meninggal dunia dan meninggalkan waris 1 org anak lelaki dan 4 orang cucu dari anak perempuan (anak perempuan tlh meninggal dulu dari atuk saya) . soalan saya adakah 4 orang cucu ini berhak mendapat harta pusaka. kalu ada berapa bahagian anak 1 lelaki yg masih ada dan berapa bahagian utk 4 orang cucu (Lelaki dan Perempuan? Terima Kasih Ust.

Unknown said...

SALAM TN, SAYA INGIN BERTANYA PASAL PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SAYA MEMPUNYAI 5 ADIK BERADIK DAN DIBAHAGIKAN SAMA RATA DAN SUDAH DIFARAIDKAN DAN SAYA ANAK SULUNG LELAKI DAN MENDAPAT SEBAHAGIAN DUIT PERLUKAH SAYA BAHAGI DUIT ITU KEPADA SEMUA ADIK BERADIK SAYA TERMASUK EMAK SAYA TETAPI SEMUA ADIK BERADIK DAN MAK SAYA DAH DAPAT BAHAGIAN DIA MASING2 ITU SAHAJA SOALAN SAYA

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya ada 1 soalan. sekiranya kerajaan negeri menawarkan sebidang tanah untuk dibeli atas nama orang yang telah meninggal dunia dan waris si mati telah membelinya adakah itu dikira sebagai harta pusaka si mati

Post a Comment