Dec 16, 2008

Satus Ahli Zimmah

mantoyar »

Assalamualaikum

Adakah pendapat yang berbedza berhubung dengan Ahli Zimmah tidak boleh menjawat Jawatan atau sebagai pegawai kerajaan dalam negara Islam saperti mana tafsir Ibnu Katsier surah AlMaidah ayat 118 ada menyatakan tidak boleh kerana dikuatiri kebocoran rahsia Pemerintahan Islam.

Bagaimana pula caranya untuk merealisasikan sebuah pemerintahan Islam dalam keadaan saperti yang ada di Malaysia ini sekiranya memang jawapannya tidak boleh?. Jazakallah khairan kathira' untuk pencerahan masaalah tersebut.



********************************************
ziy@d »

Terlebih dahulu kita tgk definisi ahluzzimah (أهل الذمة):
الذمة bermakna العهد (perjanjian). Oleh dikatakan Ahli Zimmah itu ialah: “mereka itu mendapat perjanjian Allah, Nabi dan jama'atul muslimin untuk hidup di bawah naungan Islam dengan aman dan tenteram.”


وهؤلاء بالتعبير الحديث (مواطنون) في الدولة الإسلامية، أجمع المسلمون منذ العصر الأول إلى اليوم أن لهم ما للمسلمين وعليهم ما عليهم، إلا ما هو من شؤون الدين والعقيدة، فإن الإسلام يتركهم وما يدينون

Mereka ini dalam istilah sekarang disebut Warga Negara dalam suatu negara Islam. Seluruh ummat Islam dari dahulu sampai sekarang sudah sepakat, bahawa apa yang bermanfaat buat mereka bermanfaat juga bagi ummat Islam dan apa yang membahayakan mereka, berbahaya juga bagi ummat Islam. Kecuali masalah keyakinan dan urusan agama, maka Islam berlepas diri dari mereka berikut cara-cara persembahannya.

Apakah dibolehkan memohon bantuan dari mereka? Maka alqaradhawi menulis dlm kitabnya (كتب: الحلال والحرام في الإسلام ) ttg hal ini استعانة المسلم بغير المسلم (meminta bantuan dari bukan Islam)

Kata beliau lagi:

وقد رأينا في السيرة النبوية كيف استأجر رسول الله صلى الله عليه وسلم عبد الله بن أريقط -وهو مشرك- ليكون دليلا له في الهجرة. قال العلماء: ولا يلزم من كونه كافرا ألا يوثق به في شيء أصلا؛ فإنه لا شيء أخطر من الدلالة في الطريق ولا سيما في مثل طريق الهجرة إلى المدينة.

Kita telah tgk dalam sirah nabawiyah bagaimana Rasulullah S.A.W boleh mengupah Abdullah bin Uraiqith --padahal dia seorang musyrik-- untuk menjadi pemandu dalam hijrahnya. berkata para ulama: kerana kufurnya seseorang tidak bererti samasekali tidak boleh dipercaya dalam setiap hal. Sebab sedikitpun tidak ada bahayanya orang kafir menunjukkan jalan. Apatah lagi seperti jalan hijrah ke Madinah.

روى الزهري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم استعان بناس من اليهود في حربه فأسهم لهم، وأن صفوان بن أمية خرج مع النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة حنين وكان لا يزال على شركه.


ويشترط أن يكون من يستعان به حسن الرأي في المسلمين، فإن كان غير مأمون عليهم لم تجز الاستعانة به؛ لأننا إذا منعنا الاستعانة بمن لا يؤمن من المسلمين مثل المخذل والمرجف فالكافر أولى.

Az-Zuhri meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah minta bantuan kepada orang-orang Yahudi dalam bidang ketenteraan dan memberinya ghanimah. Dan Shafwan bin Umaiyah pernah berperang bersama Nabi dalam peperangan Hunain, dan tetapi ia menjadi tentera sekutu Nabi.

Namun disyaratkan, orang yang diminta bantuan itu haruslah orang yang beri'tiqad baik terhadap kaum muslimin. Kalau tidak, sudah barang tentu tidak boleh minta bantuannya. Sebab kalau kita sudah tidak boleh minta bantuan kepada orang Islam yang tidak dapat dipercaya, misalnya orang yang meninggalkan perang dan suka menyiarkan berita-berita bohong, apalagi minta bantuan kepada orang kafir yang bersifat demikian?

Kesimpulannya:
Boleh meminta mereka memegang jawatan tertentu ttp dgn syarat mestilah mereka itu dari kalangan yg dipercayai dan mempunyai i'tiqad yg baik.

0 comments:

Post a Comment