Jan 17, 2009

Potong Kaki Kenapa Tak Tumbuh Balik?

assalamualaikum..seorang bukan islam telah berkata ;

"..kamu mengatakan Tuhan kamu Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa..jika kamu sakit, Tuhan kamu sihatkan kamu..janggut kamu dipotong, Tuhan kamu akan tumbuhkan..mengapa pula jika jari kamu putus Tuhan kamu tidak menumbuhkan jari baru? jika kaki kamu dipotong kerana sakit, mengapa tidak digantikan kaki yang baru?"

macamana ana nak jawab? harap bantu insyaAllah..jazakallahu khairan..

***********************
wsm,

Kat dunia, sifat Pemurah dan Berkuasa Allah itu tidak diberi sepenuhnya. Kerana dunia adalah tempat ujian dan bersifat sementara. Manakala di akhirat, bodyparts replacement program itu akan diberi sepenuhnya, termasuk geng ahli Neraka, segala bodyparts mereka termasuk kulit yg dibakar dan bodyparts yg hancur dimakan api, akan ditumbuhkan semula dan dibakar lagi serta diulang2 selama-lamanya....

dalil:

AQT [4. 56]. "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

0 comments:

Post a Comment