Dec 19, 2008

Buta Lebih Baik Dari Tuli

assalamualaikum ustaz dan ahli panel,

Dalam satu majlis ilmu, saya telah mendengar ustaz berkata bahawa menjadi buta itu lebih baik dari tuli, hal ini berkaitan dengan maksiat mata dan telinga. Saya tak pasti kitab apa pula yg digunakan tetapi tulisan jawi dan nipis saja.

soalnya apakah maksudnya itu dan apakah cara mengatasinya..minta ustaz dan ahli panel terangkan.


Ungkapan2 spt "buta lebih baik dari tuli" untuk menggambarkan dosa mata lebih serius dari dosa telinga ini tidak ada sandaran dalil untuk menyokongnya melainkan ia adalah pendapat peribadi penceramah saja.
Kalau kita tengok dalam surah alBaqarah, misalnya ayat 7: "Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup." Kemudian pada ayat 18," mereka tuli, bisu dan buta.."
Tidaklah kita nampak ada apa-apa penekanan sifat mana yg lebih baik atau buruk dari yg lain.
Dalam kajian ilmu perubatan, buta itu lebih baik dari bisu atau tuli, kerana kita lihat success rate orang buta jauh lebih baik dari orang bisu dan tuli. Cthnya almarhum Mufti Arab Saudi, Syaikh Baz adalah buta, dan ramai orang buta boleh menghafaz alQur'an.
Dari aspek tasawwuf, apakah dosa mata lebih besar dari dosa telinga, alGhazali (al_Ihya') meletakkan dosa mulut atau bencana lidah itu lebih besar dari mata dan telinga.

Pendapat yg rajih: kesemua jawarih (mata, telinga, lidah, kaki dan tangan) ada bahaya dan manfa'atnya. Tugas kita ialah menundukkan dan meluruskan jawarih ini pada jalan Allah swt dan TAQWA adalah metode untuk mengekangnya dan salah satu cara taqwa yg diajar oleh syari'at kita ialah PUASA yg bukan sahaja mengekang nafsu makan, malah mengontrol mata, telinga, lidah dan jawarih yg lain. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment