Ana ada sedikit kemusykkilan…
Mengenai “esok lebih baik dari hari ini”… hadiske?
Wa
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang selalu mengunjungi kami dan mengemukakan soalan .
Soalan di atas ialah berkenaan kata-kata : [color=blue] “ SETIAP MUSLIM MESTILAH MEMASTIKAN BAHAWA KEESOKAN HARINYA MSTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI “ . [/color]
Kata-kata di atas adalah di antara kata-kata hikmah yang sangat berharga di kalangan umat Islam . Walaupun ia bukanlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w , akan tetapi isi-isinya tidak bertentangan , malahan bersesuaian pula dengan ajaran-ajaran Islam .
[color=blue] Inilah yang digelar sebagai MUHASABAH ( Menghitung Kembali Salah & Silap ) dan MUROQABAH ( Pengawasan Allah Ta’ala ) di kalangan para solihin rh . Iaitu setiap umat Islam mestilah sentiasa memeriksa kembali ( check ) amalan-amalan yang dilakukan pada hari ini dan memastikan setiap kesilapan yang dilakukan pada hari ini , tidak akan berulang lagi pada keesokan harinya . [/color]
Begitulah juga , MUHASABAH dan MUROQABAH ini dilakukan agar setiap ilmu dan amalan yang kita miliki , akan lebih bertambah pada keesokan hari .
Amalan MUHASABAH dan MUROQABAH ini sendiri adalah dalil bahawa iman kita ini ada pasang-surutnya . Sila pelajari masalah tersebut di :
[color=blue] SJ - 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN [/color]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15443
Amalan MUHASABAH dan MUROQABAH ini BUKANLAH SATU BID’AH yang dicipta oleh golongan sufi melainkan ia sendiri berasal daripada ajaran al-Quranul Karim dan as-Sunnah sendiri . Di antara dalil-dalil yang menggesa agar setiap orang beriman itu sentiasa bermuhasabah dan merasai muroqabah ialah :
{ 1 } ~ Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Hasyar , ayat 18 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Ertinya : [color=blue] “ Wahai orang-orang yang beriman takutlah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri itu memerhatikan apakah yang akan dipersembahkan di hari esok ( Hari Akhirat kelak di hadapan Allah Ta’ala ) dan takutlah kamu kepada Allah . Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang kamu lakukan “[/color] .
{ 2 } ~ Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat 235 :
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Ertinya : [color=blue] “ ………. Dan ketahuilah , sesungguhnya Allah mengetahui apa yang berada di dalam hati-hati kamu , maka berhati-hatilah . Sesungguhnya Allah Amat Pengampun Lagi Amat Lemah-Lembut “ [/color] .
{ 3 } ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w bersabda : [color=blue] “ Seseorang beriman itu tidak akan dipatuk / disengat daripada lubang yang sama sebanyak dua kali “ ~ [/color] HADIS SAHIH diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh ( 2 / 379 ) , al-Imam al-Bukhari rh ( 10 / 6133 ) , al-Imam Muslim rh ( 4 / 2998 ) , al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 4862 ) , al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 3982 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jamie as-Soghir “ ( 9985 ) .
Seperkara lagi yang biasa dijadikan dalil kepada amalan MUHASABAH dan MUROQABAH ini ialah sebuah hadist :
إِذَا أَََتَى عَلَيَََّ يَوْمٌ لَا أََزْدَادُ فِيهِ عِلْمًا يُقَرِّبُنِي إِلَى الله ِعَزَّ وَ جَلَّ فَلَا بُوْرِكَ لِي فِي طُلُوعِ الشَّمْسِ ذَلِكَ الْيَوْمِ
Ertinya : [color=blue] “ Apabila datang kepadaku satu hari , yang tidaklah aku berjaya meningkatkan ilmu yang mendekatkan diriku kepada Allah ‘Azza Wa Jalla di dalamnya , maka tiadalah diberkati diriku ini pada matahari yang terbit di hari itu “ ~ [/color] diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rh di dalam “ TARIKH BAGHDAD “ ( 6 / 100 ) , al-Imam al-Haitsami di dalam “ al-MAJMA’ “ ( 1 / 136 ) dan al-Imam at-Tobrani rh di dalam “ al-AWSOT “ .
[color=blue] Hadis ini SEBENARNYA BUKANLAH HADIST SAHIH YANG MEYAKINKAN KITA BAHAWA IA BERPUNCA DARIPADA SABDA BAGINDA RASULULLAH S.A.W [/color] . :non
Ini disebabkan hadist itu berstatus : DHOI’EF ( Lemah ) disebabkan di dalam sanad ( susur-galur jalan periwayatan hadis itu ) ada seorang periwayat yang bernama : [color=blue] “ al-Hakim Bin Abdullah “ . [/color] Dia telah dihukum sebagai : PENDUSTA oleh al-Imam Abu Hatim rh .
Walaupun hadis di atas adalah hadis yang bersangatan lemahnya , akan tetapi untuk kita menerimanya sebagai KATA-KATA HIKMAH tiadalah salahnya . Apatah lagi ia sendiri tidaklah bertentangan dengan ayat-ayat dan hadis di atas dan bersesuaian pula dengan ajaran Islam yang menggesa agar kita sentiasa menambah ilmu dan amal kita sehari-hari .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
[color=red] 1 ~ FATHUL BARY : SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI RH [/color]
Oleh : Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Jilid : 12 , ms : 161 , Hadis : 6133
Terbitan : Darul Fikr , Beirut
[color=red] 2 – MAU’IDZOH al-MUKMININ MIN IHYA’ ULUMIDDIN [/color]
Oleh : al-Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi rh
Komentar hadis oleh : asy-Syeikh Yasir Bin Muhammad Arrif Abu Miz
Halaman : 23 , 561 - 566
Terbitan : Dar Ibn Rajb , el-Mansoorah & Fariskor , Dimyat
[color=red] 3 – al-JAMIE’ as-SOGHIR [/color]
Oleh : al-Imam as-Suyuthi rh
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
12 / Jumadi Awwal / 1424 H
12 / Julai / 2003 M
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment