Dec 30, 2008

Memetik Kata-kata Ulamak Tanpa Mengenalkannya

Salam

Situasi: 1) Kadang-kala kedapatan org yg tidak senang bila satu2 tazkirah, pengisian, bayan, atau apa2 sahaja ucapan diberikan, tanpa memberi kredit kepada ulamak2 yg diquote kata-kata mereka, yakni tanpa disebut nama secara jelas, cthnya:

"ada ulamak yg berkata, blablablabla..."
"dikatakan, bahawa blablablabla...."
"ada seorang alim yang memberitahu bahawa, blablabla..."

Ditimbulkan soalan, "orang alim mana? ulamak mana? siapa?"

2) Dalam kitab2 pula, kedapatan istilah2 sebegini,

"sesetengah mufassirin telah menafsirkan..."
"sebahagian ulamak mengatakan bahawa..."

Soalan: Bagaimanakah solution bagi kedua2 situasi di atas? Sejauh mana ruang lingkup utk seseorang membiarkan satu2 identiti itu 'remain anonymous' tanpa disebut namanya? Jika tidak disukai perkara di situasi pertama, maka, bagaimana pula halnya dengan situasi kedua? Adakah ini berkaitan dgn siapa yg berkata, yakni orang2 awam seperti kami, atau ulamak2 yang berkata?

Wassalam
---------------

Wassalam
Jawab:

Inilah jalan-jalan tersibarnya hadis2 palsu hingga Khalifah Umar bin Abdul Aziz ra memerintahkan agar Hadis2 di susun semula, ditakhrij dan diklaskan kerana tersibarnya di seluruh pelusuk negara Islam orang mengatakan ini hadis Nabawi atau kata2 sahabat.

Cara sebutan ini popular di kalangan madzhab dan khususnya Tariqat. Bila disebut "telah berkata ulama' kita' bermaksud pemuka2 atau tokoh2 madzhab itu. Dalam tariqat, jika dikatakan," telah berkata syaikh2 kita" merujuk pada Masyaikh atau tokok2 dan pendiri tariqat itu.

Solusi/Jawapan kepada dua senario tersebut ialah penyampai kuliah itu hendaklah menyatakan sumber tujukannya dgn jelas.

Pengecualian ialah kepada ilmuan yg amat diseqahi (dipercayai), misalnya kuliah Dr Yusof alQardhawi, jika dia datang ke Malaysia dan dalam kuliahnya dia menyebut, sebahagian ulama' salaf berkata.

Jalan selamat dan akademik dan bermutu ialah penceramah menyatakan nama ulama' dan kitabnya. Cth: mengikut Dr Yusof alQardhawi dalam kitabnya Fatawa Mu'asirat. Menurut alImam Ibn Qayyim dala I'lam alMuwaqq'ien. Ini adalah stail atau metode yg betul di zaman kecelaruan ini. Dari itu terhindarlah kesamaran dari kalangan audiens yg semakin celik ilmu. WA

0 comments:

Post a Comment