Dec 24, 2008

Makan Makanan Yang Meragukan

Assalamualaikum,
Saya sekarang berada dalam keadaan tidak tenang memikirkan dua masalah saya ini.
Masalah 1 :
Saya ada memakan sejenis makanan orang Cina yang dibeli oleh kawan saya. Makanan itu dibuat dari udang dan sayur dan tepung yang bertekstur seperti kuew teow tapi bersaiz besar. Kawan saya membelinya dari kedai orang bukan Muslim. Apakah hukumnya saya memakan makanan tersebut? Kawan saya memberitahu kemungkinan minyak yang digunakan ada unsur khinzir. Apakah hukumnya saya menjamah makanan itu? Perlukah saya samak bahagian badan saya dan bahagian yang mana sekiranya perlu? Saya faham kalau kita tidak tersengaja memakan makanan ada unsur khinzir adalah dimaafkan. Tetapi apakah hukum memegang makanan tersebut sebelum dimakan?

Masalah 2:
Kawan atau roomate saya ini merupakan Muslim yang makan daging khinzir. Saya pernah melihatnya makan di hadapan saya. Kami tinggal serumah dan berkongsi mesin basuh yang sama. Apa hukumya pakaian beliau yang dicampur dengan pakaian saya untuk sama-sama dibasuh? Dan apa hukumnya dia menyentuh pakaian saya selepas dia memakan daging tersebut?
Terima kasih dan Assalamualaikum w.b.t.

Wassalam


Komentar:

Sikap yg benar ialah kita hendaklah mengambil langkah 'prevention' bukan problem solving.

Masalah 1: Jika kawan anda membeli makanan dari kedai makan non-muslim dan memberitahu pula kemungkinan dicemari khinzir. langkah preventive (pencegahan) ialah berkata," thank you" saya tak berani makan kerana was-was atau merasa syak. selesai. Dalam hidup hendaklah berani berkata NO atau terhadap sesuatu yg anda ragui.

Masalah 2:
Anda menjadikan rakan dan tolan seorang muslim yg keji yg makan daging babi di hadapan anda sendiri. Jika anda bersahabat dgn tukang besi sudah tentu terkenalah habuk dan kotorannya, maka jika anda bersahabat dgn muslim yg makan khinzir, maka kami pun tak tergamak nak menyelesaikan masalah anda. Anda kena selesaikan masalah persahabatan anda ini. Sepatutnya anda tampar dulu muka si muslim yg makan khiznir itu. Bukan bermakna kami nak kontrol siapa sahabat dan tolan anda, tapi kami rasa hal ini bukan berlaku di Malaysia, tapi di negara spt China, Taiwan atau Korea. WA

0 comments:

Post a Comment