Salam.
saya ni remaja yang amat meminati komik dan animasi, terutamanya animasi dan komik dari Jepun. tetapi timbul persoalan di mana sesetengah daripada animasi ini terdapat sedikit sebanyak unsur-unsur lucah yang tak keterlaluan. persoalan saya, bolahkah saya menonton animasi sebegini rupa? yang pertamanya, ia bukan manusia sebenar. kalau di lihat dari sudut lain, saya pernah bertanya kepada seorang ustaz berkenaan kerepek kentang yang ditulis berperisa babi tetapi diperbuat daripada bahan kimia yang halal. jawapnya kerana ia daripada bahan yang halal, maka halallah ia, cuma namanya saja tidak sedap didengar, seperti hot dog! adakah ini boleh dikaitkan dengan persoalan saya di atas tadi? terima kasih.
Post subject: Re: Peminat animasi
Cartoon dari segi hukum asalnya adalah harus. Seperti yg disebut dlm kaedah fiqh:
“Al_Aslu Fil Asya’ Al-ibahah” – asal sesuatu perkara berhubung keduniaan adalah harus.
Sungguhpun begitu, keharusan itu tertakhluk kepada beberapa syarat seperti yg disebut oleh Sheikh Yusuf Al-Qardhawi:
1. Cartoon tersebut hendaklah tidak diagungkan/dipuja. Tidak bertentangan dgn aqidah. Ini akan terjerumus dlm perkara syirik.
2. Tidak mengakibat dan mempengaruhi penonton berlaku buruk
3. Tidak mengandungi perkara-perkara haram
4. Tidak menyebabkan penonton meninggalkan kewajipan syarak
Wallahua’lam.
Post subject: Re: SJ - 2855: Peminat animasi
Wassalam
Tarjeehan:
Kita endorse Jawapan ust Zayed. JKK
Memang benar sekali, industri perfileman (meliputi cinema, TV production) termasuk filem animasi dan kartun ni memang benda2 yang baru. tapi garispanduan dia itu dikembalikan pada kaedah feqah: mengambil maslahat dan menolak mudharat. Jika ada kebaikan, syara' meluluskannya dan jika ada mudharat maka ia ditegah. Maka jika animasi itu ada sedikit unsur lucah, maka sebagai golongan remaja, kelucahan ini perlu dihindari walaupun sedikit kerana kejahatan ini bermula dari satu langkah sahaja. Lucah ini walaupun ujud dalam novel, majalah atau animasi ia tetap lucah. Tidak timbul sedikit atau banyak. kelucahan akan menimbulkan imaginasi dan animasi (kebinatangan) yg kuat dalam diri remaja. Atas kaedah: sadd adzzara'iy (ditutup pintu2 kejahatan), maka kelucahan tertegah dan hendaklah dihindari w/pun sedikit. WA
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment