Jan 28, 2010

Tempoh Rasulullah saw Dimaqamkan

ISLAMUNTUKSEMUA »

Salam.

Boleh saya tahu :

1] Pukul berapa nabi Muhammad wafat?

2] Pukul berapa nabi Muhammad dikebumikan? Adakah pada hari yang sama?

3]Jenazah muslim yg meninggal dunia, apakah tempoh maksimum untuk tidak dikebumikan? 24 jam? 48 jam?

Sekadar pencerahan. Terima kasih krn sudi menjawab.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat pada hari Isnin. Pada waktu mana, ia khilaf antara sejarawan Islam, kerana perbezaan antara riwayat.

- Ada yang mengatakan baginda wafat pada waktu Dhuha. Daripada Al-Auzaie:

توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين قبل أن ينتصف النهار

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat pada hari Isnin, sebelum masuk waktu tengahari". (Al-Bidayah Wa al-Nihayah 5/275).

- Ada pendapat mengatakan baginda wafat pada sebelah petang, selepas tergelincir matahari. (Uyun al-Atsar 2/434).

Berdasarkan kepada hadis Anas Bin Malik:

آخر نظرة نظرتها إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم كشف الستارة والناس صفوف خلف أبي بكر رضي الله عنه فأراد أبو بكر أن يرتد فأشار إليهم أن امكثوا وألقى السجف وتوفى من آخر ذلك اليوم وذلك يوم الإثنين

".....Dan baginda wafat pada sebelah akhir pada hari itu, hari Isnin".
(Hadis Anas ini direkod dalam Bukhari dan Muslim, tetapi lafaz di atas adalah lafaz dalam Sunan Nasaie no: 1831).

Kata Ibn Katsir: "Ia menunjukkan bahawa kewafatan baginda berlaku selepas tergelincir matahari". (Al-Bidayah Wa Al-Nihayah 5/275).

2) Tentang pengkebumian juga, ada khilaf adakah ia berlaku pada waktu siang, ataupun malam.

Pendapat yang lebih masyhur ialah jenazah baginda dikebumikan pada malam Rabu, antara waktu pertengahan malam hingga ke waktu akhir malam.

Daripada Ibn Abbas:

ثم دفن صلى الله عليه و سلم وسط الليل من ليلة الأربعاء

"Kemudian baginda Sallallahu Alahi Wasallam dikebumikan pada pertengahan malam, malam Rabu". (Sunan Ibn Majah no: 1628).

Daripada Asiyah:

مَا عَلِمْنَا بِدَفْنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى سَمِعْتُ صَوْتَ الْمَسَاحِي مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ لَيْلَةَ الْأَرْبِعَاءِ

"Kami tidak mengetahui tentang pengkebumian Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam sehingga aku mendengar bunyi cangkul-cangkul pada akhir malam, malam Rabu". (Musnad Ahmad 14333)

3) Terdapat hadis yang menggalakkan supaya dipercepatkan urusan jenazah. Tetapi boleh diperlewatkan jika ada sebab syar'ie, seperti menunggu kepulangan keluarga, atau mengumpulkan lebih ramai orang yang bersembahyang ke atas jenazah.

Jika dibimbangi kelewatan menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada jenazah, seperti berbau atau berubah, wajib disegerakan pengkebumian.

Wallahu A'lam.

1 comments:

didi dijoyo putra said...

artikel nya sangat bermanfaat bagi saya terima kasih
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik

Post a Comment