manjalara »
salam
saya nak tahu siapakah sebenarnya saiditina nusaibah. ::lol:
sejauh manakah kebenaran tentang keberanian Nusaibah dalam peperangan Uhud.
wassalam!
***********************************************
kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Nusaibah adalah anak kepada K'ab al-Ansariyah dan isteri kepada Zaid bin 'Asim. Beliau dikenali dengan gelaran Umm Ummarah. Merupakan para sahabat dikalangan wanita yang menyertai Jihad. Beliau merupakan dikalangan para sahabat yang menyertai bai'ah al-Aqabah.
Mempunyai 2 orang anak lelaki; Abdullah dan Habib. Nusaibah terlibat didalam peperangan Uhud, Hunain dan al-Yamamah. Anak beliau Habib telah dibunuh oleh Musailamah al-Kazzab. Apabila mengetahui anaknya dibunuh oleh Musailamah, beliau berazam membunuh Musailamah atau mati didalam tugasan tersebut. Anaknya Abdullah telah membunuh Musailamah didalam peperangan tersebut, dan Abdullah juga telah syahid. Tangan Nusaibah telah terpotong dan beliau menerima 14 kecederaan dibadannya. Beliau telah berjihad bersungguh-sungguh didalam perang Uhud.
Ibnu Sa’ad telah mencoretkan didalam kitabnya Thabaqat : Ummu Ummarah telah masuk Islam, dia telah menghadiri malam perjanjian Aqabah dan berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah, Umrah Qadha’, Perang Hunain, Perang Yamamah di mana tangannya terpotong, serta pendengar hadith Rasulullah :saw.
Ibnu Sa'ad telah menjelaskan bahawa Nusaibah membawa air pada peperangan Uhud. Apabila beliau melihat para sahabat meninggalkan Nabi :saw, beliau terus melindungi Nabi :saw dengan pedang dan panah, dan beliau telah terluka pada peperangan tersebut. Maka dengan itu beliau digelar Perisai Rasulullah :saw!
Moga-moga Allah melimpahkan rahmat kepada Nusaibah dan merupakan dikalangan penghuni Syurga.
Sekian, wassalam
Pautan Tajdid
-
-
-
http://ahbash-sesat.blogspot.com/2010/09/adakah-ibnu-taimiyah-bertaubat-kepada.html Suatu perkara yang membingungkan ramai orang adalah sebagaimana yang dis...
-
Sukacita dimaklumkan bahawa kami sedang di dalam proses menyediakan tapak Forum AFN versi baru (kedua) bagi menggantikan Forum AFN yang sedia ada. Untuk ma...
-
-
*(Buku di atas ini hanya dipenuhi dgn fitnah. Tulisan di bawah ini bukanlah bantahan terhadap buku di atas, namun hanyalah pendedahan tentang pegangan dan ...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas n...
-
-
-
-
-
Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Wassholatu was salamu ‘ala ashrofil anbiya’ wal mursaliin. Wa ‘ala aalihi wa ashabihi ajmai’iin. Amma Ba’du. Allah subhanahu...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
Sebahagian dikalangan Asya'irah sering menggunakan hujah Imam Malik yang mengatakan bahawa Istiwa' itu maklum (diketahui) mereka mengatakan diketahui keran...
-
Judul: Awas! Ancaman Orientalis Terhadap KitaPenulis: Mohd Fikri Che HussainHarga: RM18Penerbit: Karya Bestari Buku ini merupakan Pengenalan Ilmu Orienta...
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment