Assalammualaikum...
Ustaz.... jika kita menumpang di rumah saudara/kawan selama 1 minggu kerana sesuatu urusan....
a) selama manakah hak kita sebagai tetamu...
b) apakah yang patut kita lakukan sebagai tetamu...
c) jika kita tuan rumah apakah tanggungjawab
kita terhadap tetamu....
d) saya pernah terbaca bahawa dalam Islam tuan rumah hanya perlu melayan tetamunya dalam masa tiga hari sahaja.. Selepas itu dia tidak perlu lagi menyediakan makan minumnya...apakah betul....
f) apakah adik-beradik juga dikira sebagai tetamu...
Semoga ustaz dapat menjelaskannya.....JAZAKALLAH...
JWB:
a. Hak tetamu itu tiga (3) hari, selepas itu ia menjadi sedeqah
Dalil: HR Ahmad dan Abu Daud," apabila telah habis 3 hari 3 malamnya, maka apa yg diberikan kpd tetamu dianggap sedeqah."
b. Sebagai tetamu anda hendaklah tahu/peka, bahawa melebihi tiga hari itu membebankan tuan rumah.
Dalil: HR Bukhari-Muslim," Tidak halal bagi tetamu berdiam lama-lama di rumah (yg ditumpanginya) kerana ia membebankan tuanrumah."
c. Tanggungjawab tuanrumah:
Pada hari pertama, tuan rumah hendaklah memberi jaizah (laukpauk yg special) dan pada hari kedua dan ketiga, ia menghidangkan laukpauk yg biasa dimakan. Dalil: HR Abu Daud dan Ahmad," Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan hari Akhir, hendaklah dia memuliakan tamunya dengan memberi jaizah." Para sahabat bertanya,"apakah itu jaizah, ya RasuluLlah?" Sabda Nabi," sehari semalan"
d. Tiga hari itu mengikut JUMHUR sebagai hak tamu. Ia bukan wajib tapi sunat (sunnah yg dikukuhkan, akhlak karimah dan kebajikan dalam agama). Umar alKhattab ra mewajibkan hak tamu (Majmu') dan Imam Laits berpendapat wajib hanya hari pertama (Syarah Muslim Nawawi 1/333)
Selepas 3 hari, mengikut hadis di atas ia menjadi sedeqah
e. Adik-beradik bukan tamu menurut uruf.
WaLLahu a'alam
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Siapakah yang tergolong dalam "tetamu" ? adakah Seorg suami yg tinggal di rumah mertua nye dikira sebagai tetamu ? apakah hukum jika tetamu menetap di rumah orang dalam jangka masa yg agak lama ?
Jazakallah. Sangat bermanfaat.
assalam..
sy penah dengar jika tetamu itu seorang yg tidak sembahyang idak wajib kite melayannya..malah dibenarkan untuk tidak menermanya sebagi tetamu..betul ke
Orang Yahudi Yang bukan islam dtg Rumah Nabi MuhamadPon nabi Layan baik2..walaupon musuh..ni kan org islam...=) Kaji Dlu btul2...sebelum dgr kata2 org ok..=)
yahudi tak tinggal rumah nabi lama lama.
Post a Comment