asalamualaikum.
Saya kurang mengerti konsep ukhuwah fillah. Benarkah kiranya kasih sayang kerana Allah..bertemu tak jemu berpisah tak gelisah? Saya kurang faham maksud ayat ini. sebagai contoh.. dua org bersahabat.. kemudian saling merindu sehingga masing2 berasa tidak mahu berpisah.. mahu sentiasa bersama. adakah kerana perasaan ini, kasih sayang sahabat tadi bukan kerana Allah? harap blh diperjelaskan..
wassalam.
----------------
Salam
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat: 10)
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (menjadi) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah: Ayat 71)
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda:
"Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di hari kiamat. Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdi kepada Allah
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut di masjid
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya
5. Laki-laki yang diajak berbuat ma'siat oleh wanita bangsawan lagi cantik, api ia menolak dengan berkata : "Saya takut kepada Allah"
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan dirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya
7. Orang yang selalu berdzikir di waktu sendirian hingga mengalir air mata".
(Hadith Sahih Bukhari)
Bukanlah bermaksud orang yg bertemu tapi tak mahu berpisah itu tidak boleh. Dalam roda hidup, setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan. Utk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, jadikan pertemuan dan perpisahan kerana Allah kerana Dia yang mempertemukan dan Dia juga yang memisahkan. Sekiranya tiada berpisahan tetapi juga termasuk dlm keredhaanNya selagimana masih berada dlm garisan yg ditetapkan Allah S.W.T.
Wallahua'lam.
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
-
-
-
-
Ketika matahari terbit di ufuk timur pada 1 Syawal, umat Islam di seluruh dunia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Setelah sebulan penuh menahan lapa...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
*Kapten Hafiz Firdaus* Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada seorang hamba wanita: أَيْنَ الله ؟ قالت: فِي السَّمَاءِ. قال: مَنْ ...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment