Jan 16, 2009

Hukum Zina Tanpa Saksi

Salam

Apakah hukuman boleh dijatuhkan kepada org yg melakukan zina hanya dengan pengakuannya sahaja? Sebagai contoh kes yg tengah hangat dibicarakan skrg. Saksi2 dan yg tertuduh mengaku ada melakukan perzinaan.

Demi menjaga kewibawaan undang2 syariah, boleh/patut kah mahkamah syariah membuat dakwaan terhadap kedua2 org ni, berdasarkan pengakuan selamba yang mereka buat itu ? walaupun hukuman yg akan dijatuhkan nanti bukanlah hukuman berdasarkan Islam.

******************
Salam

Dari segi hukum, iqrar dari pelaku jenayah boleh mengtsabitkan hukuman.

‏حدثني ‏ ‏أبو الطاهر ‏ ‏وحرملة بن يحيى ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏ابن وهب ‏ ‏أخبرني ‏ ‏يونس ‏ ‏عن ‏ ‏ابن شهاب ‏ ‏قال أخبرني ‏ ‏عبيد الله بن عبد الله بن عتبة ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏عبد الله بن عباس ‏ ‏يقول قال ‏ ‏عمر بن الخطاب ‏ ‏وهو جالس على منبر رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏
‏إن الله قد بعث ‏ ‏محمدا ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بالحق وأنزل عليه الكتاب فكان مما أنزل عليه آية الرجم قرأناها ووعيناها وعقلناها ‏ ‏فرجم ‏ ‏رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ورجمنا ‏ ‏بعده ‏ ‏فأخشى إن طال بالناس زمان أن يقول قائل ما نجد ‏ ‏الرجم ‏ ‏في كتاب الله فيضلوا بترك فريضة أنزلها الله وإن ‏ ‏الرجم ‏ ‏في كتاب الله حق على من زنى إذا ‏ ‏أحصن ‏ ‏من الرجال والنساء إذا قامت ‏ ‏البينة ‏ ‏أو كان الحبل أو ‏ ‏الاعتراف

Dari Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a: "Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kebenaran dan telah menurunkan kepada baginda kitab Al-Quran. Di antara yang diturunkan kepada baginda ialah ayat yang menyentuh tentang hukuman rejam. Kami selalu membaca, menjaga dan memikirkan ayat tersebut. Rasulullah s.a.w telah melaksanakan hukuman rejam tersebut dan selepas baginda, kami pun melaksanakan juga hukuman itu. Pada akhir zaman aku merasa takut, akan ada orang yang akan mengatakan: Kami tidak menemukan hukuman rejam dalam kitab Allah iaitu Al-Quran sehingga mereka akan menjadi sesat kerana mereka meninggalkan salah satu kewajipan yang telah diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam kitab Allah itu mesti dilaksanakan ke atas penzina yang pernah berkahwin samada lelaki ataupun perempuan apabila terdapat bukti yang nyata, samada dia telah hamil ataupun dengan pengakuan darinya sendiri." (Hadith Riwayat Muslim)

Imam Malik dalam al-Muwattha’ meriwayatkan cerita dari Yahya bin Said dari said Al-Musayyab bawa ada seorang lelaki dari Bani Aslam datang menghadap abu bakr dan melaporkan kpdnya, “Sesungguhnya ada org telah berbuat zina.” Abu Bakr berkata kpdnya, “Apakah engkau berkata kpd orang lain selain dari aku?” Dia menjawab, “Tidak.” Abu Bakr melanjutkan, “Bertaubatlah kpd Allah dan tutupilah semoga Allah menutupimu, sesungguhnya Allah menerima taubat dari hambaNya.” Mendengar jawapan itu, ternyata tidak membuat dirinya menjadi tenang. Maka org itu pun datang menghadap umur dan melaporkan kpdnya spt yg dilaporkan kpd Abu Bakr. Dan ternyata umar berkata spt apa yg abu bakr katakana. Namun org itu belum merasa puas, maka ia pun terus menghadap kpd Rasulullah S.A.W dan menceritakan, “ada org yg telah berbuat zina.” Said berkata, “Mendengar cerita itu, Rasulullah S.A.W tidak mempedulikannya tetapi ia terus mendesak sampai 3 kali dan kali ke-4, dan seterusnya. Beliau dihukum rejam (duda). (أقضات الرسول الله صلي الله عليه وسلم, Abdullah Muhammad bin Farj Al-Maliki Al-Qurtubi).

Muhammad As-Sabuni dlm kitabnya menukilkan perkataan abu bakr dlm hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud, "sekiranya Ma'iz tidak datang kali ke-4, nescaya Rasulullah S.A.W tidak akan menuntut had."

Imam Malik dan Syafi'i berpendapat yang juga dikemukakan oleh Daud, Abu Tsaur, Ath-Thabari bahwa satu kali pengakuan sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman, berdasarkan sabda Nabi saw dalam hadits Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid ra.: "Pergilah kamu, hai Unais (panggilan untuk sahabat Anas bin Malik), kepada isteri orang ini. Jika ia mengaku, maka rajamlah ia. Kemudian ia mengaku, maka ia (Unais) pun merejamnya".

Diriwayatkan dari Abi Burdah, dari ayahnya, ia berkata, "Kami adalah sahabat Nabi SAW kami berbincang-bincang bahwa seandainya Ma'iz dan orang wanita itu tidak datang yang keempat kalinya maka Rasulullah tidak akan menuntut kepadanya." (Hadith Riwayat Hakim)

Adapun Imam Abu Hanifah, Ibnu Abi Laila yang juga dikemukakan oleh Imam Ahmad dan Ishaq bahwa pengakuan empat kali yang dikemukakan satu persatu, berdasarkan hadith Sa'id bin Jubair R.A, dari Ibnu Abbas R.A dari Nabi S.A.W: "Sesungguhnya Nabi saw menolak (pengakuan) Ma'iz sehingga ia mengaku empat kali, kemudian beliau menyuruh merejamnya".

(Rawa'i Bayan, Muhammad Ali As-Sabuni)

0 comments:

Post a Comment