Jan 22, 2009

Memutihkan Gigi Di Dentistry

assalaamu'alaikum

apakah hukumnya melakukan rawatan memutihkan gigi di dentistry?

**************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr AHelmi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memutihkan gigi / Whitening the teeth / تبييض الأسنان merupakan proses membersih dan mengembalikan gigi kepada warna asal. Ia bukan suatu proses yang tetap/permanent yang mengubah kejadian Allah swt seperti pembedahan kosmetik. Berkata Abdullah ibn Mas'ud ra:-

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يلعن المتنمصات والمتفلجات للحسن اللاتي يغيرن خلق الله .
"Aku mendengar Rasulullah saw melaknat wanita yang mencabut bulu mata dan mengikis (file) gigi bagi tujuan kecantikan dan menukar kejadian Allah." - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim]

Komentar al-Nawawi rh mengenai hadith ini :-

وَأَمَّا قَوْله : ( الْمُتَفَلِّجَات لِلْحُسْنِ ) فَمَعْنَاهُ يَفْعَلْنَ ذَلِكَ طَلَبًا لِلْحُسْنِ , وَفِيهِ إِشَارَة إِلَى أَنَّ الْحَرَام هُوَ الْمَفْعُول لِطَلَبِ الْحُسْن , أَمَّا لَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَيْهِ لِعِلاجٍ أَوْ عَيْب فِي السِّنّ وَنَحْوه فَلا بَأْس ، وَاللَّه أَعْلَم اهـ
"Mengenai kenyataan (Mereka yang mengikis/file gigi), merujuk kepada mereka yang melakukannya bagi tujuan kecantikan dan menampakkan muda. Ini menunjukkan/satu isyarat bahawa adalah haram melakukannya bagi tujuan kecantikan, akan tetapi jika bagi keperluan perubatan atau memperbaiki yang rosak pada gigi, dsb, tidaklah ada masalah melakukannya. Allah sahaja yang mengetahui yang terbaik."

Sedar atau tidak, terdapat juga bahan-bahan yang memutihkan gigi yang terdapat pada setengah-setengah ubat gigi. Menurut seorang pakar gigi, Dr. Khaldun Ghazi Abu Afifa :-

يمكن استخدام بعض معاجين الأسنان أو المستحضرات الطبية المبيضة، حيث تحتوي على بعض المواد المخرشة للأسنان والتي تعمل على تلميع الأسنان
"Kemungkinan menggunakan beberapa ubat gigi (toothpastes) atau the 'white pharmaceuticals', dimana sambil menguatkan gigi ia juga boleh berkerja mengilatkan (polish) gigi"

Dr Khaldun juga menasihatkan cara terbaik melakukan pemutihan gigi supaya dilakukan di klinik pergigian. Kemungkinan terdapatnya beberapa kesan sampingan lain didalam penggunaan cara lain seperti In-office Bleaching (تبييض الأسنان داخل العيادة ) dan Home Bleaching (تبييض الأسنان البيتي), seperti kesan alahan (allergy) keatas gusi dsb. Menurut beliau, kajian menyatakan kejayaan pemutihan gigi yang dilakukan di klinik boleh mencapai 90% kejayaan.

Kesimpulannya, berbalik kepada asas penggunaannya, proses pemutihan gigi merupakan kaedah rawatan membersihkan gigi dan mengembalikannya kepada warna asal dan sifatnya juga tidak kekal, dan bukanlah ia mengubah kejadian Allah swt. Walaubagaimanapun, pembedahan kecantikan gigi dibenarkan jika menjadi satu keperluan perubatan (medical treatment) dan juga untuk memperbaiki kerosakan gigi. WA.

wassalam
==============
Rujukan :

1. Dr. Khaldun Ghazi Abu Afifa. !تبييض الأسنان سهل .. لكن العنوان . url : http://www.islamonline.net/Health/Arabic/display.asp?hquestionID=495

0 comments:

Post a Comment