Dec 21, 2008

Tafsir Mimpi 3 Malam Berturut

Salam

Lebih kurang sebulan yg lepas, saya ada bermimpi yg agak aneh utk 3 malam berturut turut. Mimpi tersebut adalah seperti berikut:

malam pertama: saya tak ingat apa kandungannya tapi agak pelek jua la.

malam kedua: saya bermimpi yg saya berada dalam satu tempat yg sedang buat Rehearsal macam kat padang mahshar, ada org berbaris menunggu bicara dan kemudiannya dipenghujung akan ditentukan kemana (reward @ punishment)

malam ketiga: saya bermimpi yg saya berada di tempat seolah-olah sedang berlaku peperangan. yg peleknya apabila mereka tercedera (contohnya pecah kepala) bahagian tubuh mereka akan bersambung semula seperti asal. dan mereka bertarung semula, kemudian cedera, kemudian cantum semula..

seterusnya saya juga ingin bertanya, apa maksud mimpi berjumpa anjing yg menghisap darah kotor perempuan?

saya harap pihak tuan dapat membantu saya berkaitan mimpi ini. wassalam

Wassalam

JWB:

1. Pandangan Islam terhadap mimpi
HR Bukhari-Muslim-Abu Daud dari Abu Hurayra ra," Mimpu itu tiga: Mimpi yg soleh adalah berita gembira dari sisi Allah, mimpi yg membawa kesedihan dari Syaythan dan mimpi yg datang dari mainan fikiran." (Sahih Muslim: 4/1224,# 5621); Bukhari: 9/# 116; Sisilah alAhaadeth asSahihah: 4/487: # 1870)

A. Mimpi yg benar ialah dari Allah

HR alBukhari (al_Sahih: 9/95,# 113) dari Abu Qatadah ra," mimpi yg benar dari Allah da mimpi yg buruk dari Syaythan

a. Mimpi yg benar datang dari manusia yg paling baik akhlaknya. Muslim (sahih: 4/1224,# 5621), Abu Daud (Sunan: 3/1395,# 5001) dari Abu Hurayra ra," Mimpi yg paling benar datang dari mereka yg paling benar kata-katanya."

b. Mimpi yg benar datang dikongsi oleh beberapa orang soleh.
HR Bukhari (alSahih: 9/100 # 120) dari Ibn Umar ra.," Nabi berSabda mengenai Laylatul Qadr," carilah ia pada tujuh malam terakhir Ramadhan." Kata Ibn Umar, beberapa sahabat bermimpi menemui malam ini pada malam tujuh terakhir Ramadhan.

c. Jika mendapat mimpi yg baik, tidak perlu disibarkan, memadai dikongsi bersama yg dipercayai sahaja.
HR Muslim (Sahih: 4/1223,# 5619) dari Abu Qatadah ra," Mimpi yg baik dari Allah, jika seseorang mendapat mimpi yg baik, jangan ia menceritakan pada orang lain kecuali mereka yg ia rapat sahaja."

B. Mimpi yg Buruk

Mimpi yg buruk adalah gangguan Syaytan. HR Muslim (Sahih: 4/1223,# 5613), dari Abu Qatadah ra," mimpi yg baik2 datang dari Allah, mimpi yg buruk/jelik dari syaythan."
Juga dalil umum alQur:an," sesungguhnya bicara rahsia itu dari syaithan, supaya orang2 beriman itu bersedih hati.." AQ:58:10

Imam Ibn Hajar alAsqalani (w. 1449M) menegaskan tidak perlu mentakweel mimpi yg buruk kerana ia dari syaitan, termasuk mimpi basah (mimpi berjima') (Fath alBari: 12/353)

b. Jika seseorang bermimpi buruk, hendaklah ia melakukan perkara berikut:

i) meludah 3X ke sebelah kiri* dan
ii) menukar posisi tidur

HR Muslim dari Jabir ra (lihat Syarah Nawawi 'ala sahih Muslim: 8/22)
* meludah ini bukanlah bermaksud mengeluarkan air liur, memadai dgn isyarat sahaja. Cuma angin sahaja.

c. Jika bermimpi buruk, hendaklah membaca wirid yg diriwayatkan dari Sunan Abu Daud," Aku berlindung dari kalimah2 Allah yg sempurna dari Murka-Nya, dari kejahatan hamba-Nya dan dari hasutan syaitan dan kehadirannya." (Albani, Sahih Sunan Abu Daud:2/737,#3294), Muwatta Imam Malik: 400,# 1710)

d. Solat dua raka'at bila diganggu mimpi yg buruk
HR Muslim (Sahih:4/1224,# 5621) dari Abu Hurayra ra," jika seseorang didatangi mimpi yg buruk, bangunlah dan dirikan solat."

e. Sesiapa yg didatangi mimpi syaythan hendaklah menyembunyikan ia. HR Bukhari (alSahih: 9/95,# 114) dari Abu Sa'eed alKhudry ra, jika seseorang mendapat mimpi yg tidak disukainya, ia dari syaythan, Hendaklah ia berlindung dgn Allah dan jangan dihebahkan pada seorang pun, niscaya tidak ia akan dimudharatkan."

C. Mimpi Mainan Akal

Mimpi ketiga ialah mainan akal yg terbawa-bawa dari alam realiti. Imam alBadhawi (syarah asSunnah: 12/211) membawa contoh mimpi basah adalah refleksi minda ketika mimpi sama spt seseorang yg benar2 terlibat dgn aktiviti seksual, begitu juga seseorang yg dilamun cinta akan melihat kekasihnya ketika bermimpi.

Jawapan: mimpi dari mainan minda ini adalah ia tidak bermakna apa-apa. Ia cuma sebahagian fungsi biologi akal kita. Tidak perlu mencari intepretasi terhadapnya. Ia adalah rahmat Allah kerana mengikut kajian sains, tidur yg bermimpi lebih baik dari tidur tanpa mimpi, ini kerana hormone yg baik banyak dihasilkan dari tidur yg bermimpi. (Clinical Medicine: London-Baillerire Tindall, ed ke 3, 1994).
HJawapan alAhkam pada ketiga-tiga mimpi anda itu: Ia mainan minda sahaja dan tidak perlu interpretasi. WA

2 comments:

Anonymous said...

Salam .
saya bermimpi tentang bekas teman lelaki saya. semenjak kami berpisah, saya tidak pernah dpt apa mimpi tentangnya. tp sejak 3 hari ni saya kerap mimpi tentang nya. mimpi pertama dan kedua saya tk berapa ingat tp yg jelas dlm mimpi tu. dia dtg kepada saya tp hanya memerhati drpd jauh. dan pada malam ketiga ni, saya mimpi dia dtg kepada saya dan mengajak saya keluar. saya ingat setiap detail mengenai mimpi itu. apakah tanda dia akan kembali kepada saya.

Anonymous said...

Slm sy mimpi sy melahirkan tapi suami sy mnyuruh sy mmbuang bayi itu selama 3malam brturut sy mimpi benda sama apakah maksud dibalik mimpi itu

Post a Comment