Dec 16, 2008

Memilih Gerakan Islam Sebagai Wadah Perjuangan

anakmurid »

Assalamualaikum.

Ustaz, saya sebenarnya suka mengikuti perkembangan Jamaah-Jamaah Islam yang sedang berusaha giat untuk meninggikan syiar Islam sama ada melalui pembacaan dan perbincangan dengan ahli Jamaah-jamaah tersebut. Saya harap Ustaz dapat memberikan saya sedikit panduan yang perlu saya ikuti bagi memilih antara banyak Jama'ah Islam yang wujud pada masa ini untuk dijadikan sebagai wadah perjuangan saya bagi meninggikan syiar Islam. Wassalam



*****************************************
thtl »

wassalam

Fenomena asSahwah alIslamiah (Kebangkitan Islam) disemarakkan oleh suatu tanzim yg tersusun pada era 1920'an. Tokoh ulung yg menggerakkan jama'ah Islamiah dalam bentuk organisasi ini ialah Imam Hasan Albana sekitar 1928. Ia juga berlaku di Pakistan oleh Imam alMawdoodi dan di Iran oleh AyatoLlah alKomeini.

Kebangkitan di Malaysia agak ketara bila tertubuhnya IRC, ABIM hasil dari kebangkitan Islam di Eropah terutama di UK..

Model utama jama'ah Islam tidak dinafikan adalah bermodelkan Jama'ah Islam dari Mesir. bahkan kebanyakan pendokong Jama'ah2 ini samada mendapat latihan dan program perkaderan dari sana. Ustaz Sa'eed Hawa (Fi Afaqi Ta'alim) berkata jika dicalonkan tokoh asSahwah atau tokoh Gerakan Islam atau Jama'ah Islam ini ialah alImam Hasan Albanna. Jama'ah yg menjadi model pula ialah Jama'ah Ikhwan Muslimin.

Pada Muktamar (Mesyarat Agung) Jama'ah Ikhwannya yg dikenali Muktamar Khamis (perhimpunan Agung ke 5), Imam Hasan memberi petua ciri2 Jama'ah Islam yg wajar disertai:

1. Jama'ah yg mendokong Da'wah Salafiyah, maksudnya jama'ah yg menyeru masyarakat kembali pada sumber asal mereka: alQur'an dan asSunnah dan kefahaman dan kesungguhan kaum Salaf (generasi awal Islam)

2. Jama'ah yg mengamalkan Tariqat Sunniah: bermaksud sebuah jama'ah yg mewajibkan pelaksanaan Sunnah dalam semua aspek kehidupan terutama aqeedah dan ibadah.

3. Jama'ah yg mengamalkan Hakikat Sufiah
Sebuah jama'ah yg benar ialah memberi penumpuan kuat pada program latihan kerohanian

4. Jama'ah Politik
Sebuah Jama'ah yg terjun dalam urusan politik kaumnya, jama'ah yg terlibat secara langsung dalam proses politik negara

5. Jama'ah riadhah: sebuah jama'ah yg juga memberi perhatian pada aspek kecergasan, membangun jatidiri dan pembangunan fizikal

6. Jama'ah ilmiah dan budaya
Sebuah jama'ah yg benar juga meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan (baik agama dan duniawi) serta membina budaya dan adab

7. Jama'ah Persyarikatan Iqtisadiah: Jama'ah yg terlibat dalam kegiatan ekonomi negara baik dari sudut mikro dan makro

8. Jama'ah ijtima'iyah: Jama'ah yg menjadi sebahagian dari tubuh umat, ia mendapat tempat pada grass-root (akar umbi)

Itulah petua atau garispanduan oleh Imam Hasan. Maka jika kita ingin memilih Jama'ah Islamiah, maka carilah organisasi/wadah yg memenuhi (kalau tidak semua) ciri2 di atas.

Dengan ringkas: jama'ah yg mendokong Islam yg syumul (lengkap sempurna). WA

0 comments:

Post a Comment