Dec 19, 2008

Tangkap Jin Masuk Dalam Botol

Saya menonton rancangan National Geographic yang menunjukkan bagaimana tok batin dan pawang bukan beragama Islam di Afrika tengah mengubat pesakit. Mereka menangkap `evil spirit' (kuasa jahat) ke dalam botol dan kemudian ditutup untuk dicampakkan ke tempat yang jauh. Di Malaysia pula, terdapat pengamal `perubatan Islam' yang mengaku melakukan perkara yang sama. Bukankah lebih baik mereka menukar nama bidang mereka kepada `perubatan tradisional'? Saya kemudian membuat sedikit `research' dan mendapati orang kulit hitam di USA (generasi tua) juga mempunyai kepercayaan yang sama, dan mereka tidak mempunyai kaitan dengan agama Islam.


Jawab:

Kami tidak tahu apalah maksud tersirat soalan tuan. Apakah anda tidak puas hati dgn penggunaan istilah Perubatan Islam yg disalahgunakan oleh tok pawang atau anda ingin meluruskan peristilahan bahawa amalan menangkap dan mengusir jinn ini sepatutnya dinamakan perubatan tradisional.

Yang sebenarnya ilmu yg berkaitan dgn perdukunan dan pawangan ini memang diistilahkan dgn pengamal perubatan tradisional.

Jika ada yg mendakwa pengamal perubatan Islam sebenarnya istilah itu boleh mengelirukan. Ini kerana perutusan Nabi saw bukanlah sebagai seorang ahli perubatan, engineer atau saintis. Jika ada Nabi saw mengajar do'a dan jampi yg makthur, ada ulama' yg mengumpulkan hadis2 dan athar2 itu dan dinamakan Tibb Nabawi (perubatan cara Nabi saw). Istilah ini juga mengelirukan mengikut Ibn Khaldun dalam Muqaddimah.
Jadi kita bersetuju dgn anda bahawa amalan perubatan yg ada kaitan dgn makhluk ghaib spt jinn, maka itu adalah amalan perubatan tradisional dan tiada kaitan dgn perubatan Islam. Dalam Islam memang ada hadis2 berupa do'a2 dan jampi yg berupa alQur'an tapi ia bukanlah satu cabang alternatif kepada medicine, cuma sebagai pelengkap sahaja. WA

0 comments:

Post a Comment