Dec 30, 2008

Tafsir Surah Al-Fateer Ayat 32

Salam

"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih diantara hamba-hamba Kami, lalu diantara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan diantara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.Yang demikian itu itu adalah karunia yang amat besar. "
(alFatir:32)

Minta sesiapa yg sudi utk menjelaskan siapakah mereka yg menzalimi diri mereka sendiri dengan Quran dan cara2 mereka berkelakuan sedemikian

-----------
Salam

Jazakallah khair kerana bertanya. Mari kita teliti tafsir dan semoga kita beroleh petunjuk darinya.

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” (Surah Al-Fatir: ayat 32)

Berdasarkan ayat ini, Al-Imam Ibn Katheer membahagikan 3 jenis manusia yg mewarisi al-quran:

1. Mereka yang menzalimi diri sendiri

يَقُول تَعَالَى : ثُمَّ جَعَلْنَا الْقَائِمِينَ بِالْكِتَابِ الْعَظِيم الْمُصَدِّق لِمَا بَيْن يَدَيْهِ مِنْ الْكُتُب الَّذِينَ اِصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادنَا وَهُمْ هَذِهِ الْأُمَّة ثُمَّ قَسَّمَهُمْ إِلَى ثَلَاثَة أَنْوَاع فَقَالَ تَعَالَى : " فَمِنْهُمْ ظَالِم لِنَفْسِهِ "

Allah Taala berfirman: “Kmdn Kami buat mereka yang diturunkan Al-kitab yang telah didatangkan sblmnya, mereka yang dipilih dari kalangan hamba Kami. Inilah ummah yang dibahagikan kpd 3 golongan.” Allah berfirman:

[فَمِنْهُمْ ظَـلِمٌ لِّنَفْسِهِ]

“mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri…”maksud mereka yang menzalimi diri:

وَهُوَ الْمُفَرِّط فِي فِعْل بَعْض الْوَاجِبَات الْمُرْتَكِب لِبَعْضِ الْمُحَرَّمَات

Inilah golongan yang cuai melakukan perkara yag wajib dan mereka jua yang melakukan perkara yang diharamkan.

2. Golongan Muqtasid

" وَمِنْهُمْ مُقْتَصِد " هُوَ الْمُؤَدِّي لِلْوَاجِبَاتِ التَّارِك لِلْمُحَرَّمَاتِ وَقَدْ يَتْرُك بَعْض الْمُسْتَحَبَّات وَيَفْعَل بَعْض الْمَكْرُوهَات

Kalimah seterusnya,

[وَمِنْهُمْ مُّقْتَصِدٌ]

“ada yang bersikap sederhana...” Golongan yang sederhana ini, adalah mereka yang melakukan perkara wajib dan meninggalkan yang haram tetapi mungkin tertinggal perkara yang mustahab dan melakukan perkara yang dimakruhkan.

3. Golongan Sabiqul Khair

" وَمِنْهُمْ سَابِق بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّه" وَهُوَ الْفَاعِل لِلْوَاجِبَاتِ وَالْمُسْتَحَبَّات التَّارِك لِلْمُحَرَّمَاتِ وَالْمَكْرُوهَات وَبَعْض الْمُبَاحَات .

Seterusnya,

وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَتِ بِإِذُنِ اللَّهِ]

“di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah..” Inilah golongan yang melakukan amalan wajib dan mustahab dan meninggalkan yang haram dan menjauhi perkara yang dimakruhkan dan meninggalkan sesetengah perkara yang mubah.

Seterusnya…

قَالَ عَلِيّ بْن أَبِي طَلْحَة عَنْ اِبْن عَبَّاس فِي قَوْله تَعَالَى : " ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَاب الَّذِينَ اِصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادنَا " قَالَ هُمْ أُمَّة مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَّثَهُمْ اللَّه تَعَالَى كُلّ كِتَاب أَنْزَلَهُ فَظَالِمهمْ يُغْفَر لَهُ وَمُقْتَصِدهمْ يُحَاسَب حِسَابًا يَسِيرًا وَسَابِقهمْ يَدْخُل الْجَنَّة بِغَيْرِ حِسَاب

Berkata Ali bin Abi Talhah meriwayatkan bahawa Ibn Abbas menafsrikan firman Allah Taala:

[ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَـبَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا]

“Kmdn Kami wariskan Al-Kitab kpd Hamba2 Kami yang terpilih” Ia merujuk kpd Ummat Muhammad S.A.W. Allah Taala mewariskan setiap kitab yang diwahyukan kpd mereka yang menzalimi diri sendiri, mereka yang bersederhana dan mereka yang mendahului dalam melakukan amal kebaikan akan masuk ke jannah tanpa dihisab.

وَقَالَ اِبْن الْقَاسِم الطَّبَرَانِيّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْن عُثْمَان بْن صَالِح وَعَبْد الرَّحْمَن بْن مُعَاوِيَة الْعُتْبِيّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو الطَّاهِر بْن السَّرْح حَدَّثَنَا مُوسَى بْن عَبْد الرَّحْمَن الصَّنْعَانِيّ حَدَّثَنَا اِبْن جُرَيْج عَنْ عَطَاء عَنْ اِبْن عَبَّاس عَنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ ذَات يَوْم " شَفَاعَتِي لِأَهْلِ الْكَبَائِر مِنْ أُمَّتِي " قَالَ اِبْن عَبَّاس رَضِيَ اللَّه عَنْهُمَا السَّابِق بِالْخَيْرَاتِ يَدْخُل الْجَنَّة بِغَيْرِ حِسَاب وَالْمُقْتَصِد يَدْخُل الْجَنَّة بِرَحْمَةِ اللَّه وَالظَّالِم لِنَفْسِهِ وَأَصْحَاب الْأَعْرَاف يَدْخُلُونَ الْجَنَّة بِشَفَاعَةِ مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَذَا رُوِيَ عَنْ غَيْر وَاحِد مِنْ السَّلَف أَنَّ الظَّالِم لِنَفْسِهِ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّة مِنْ الْمُصْطَفَيْنَ عَلَى مَا فِيهِ مِنْ عِوَج وَتَقْصِير.

Telah berkata Ibn Qasim At-Thabarani meriwayatkan dari Yahya bin Uthman bin Salih Abdurrahman bin Muawiyyah Al-`Utbi berkata mengkhabarkan Abu Tahir bin Sarh mengkhabarkan Musa bin Abdurrahman As-Sha`ani mengkhabarkan dari Ibn Juraij dari Atha’ dari Ibn Abbas dari Sabda Rasulullah S.A.W pada satu hari

«شَفَاعَتِي لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِي»

“Syafaatku akan diberikan kepada mereka yang dosa besar (al-kabair) dari ummatku.” Berkata Ibn Abbas R.A, “Utk mereka yg mendahului beramal kebaikan (Sabiqul Khair) akan masuk ke jannah tanpa hisab, dan utk mereka yang bersikap pertengahan (Muqtashid) akan masuk ke jannah dengan rahmat Allah dan menzalimi diri sendiri dan ashab al-a`raf akan masuk ke jannah dgn syafaat Muhammad S.A.W. Juga diriwayatkan dari sbhgn fuqaha salaf bahawa di kalangan ummat ini yang menzalimi diri sendiri adalah masih dari kalangan yang Allah pilih walaupun mereka lemah (tidak sempurna) dan lalai dari jalan yg benar.

وَقَالَ آخَرُونَ بَلْ الظَّالِم لِنَفْسِهِ لَيْسَ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّة وَلَا مِنْ الْمُصْطَفَيْنَ الْوَارِثِينَ لِلْكِتَابِ .

Sebahagian yg lainnya (fuqaha salaf) berkata mereka yang menzalimi diri sendiri bukanlah dari kalangan ummah ini dan bukan dari kalangan mereka yang mewarisi al-kitab (al-quran).

Wassalam

Rujukan:
Tafsir Ibn Katheer
_________________
Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. JKK kepada Ustaz Zayed yang telah memberi respon kpd soalan diatas dengan menggunakan Tafsir Ibn Kathir. Ibn Taimiyah didalam Majmu' Fatawa Jilid 13 juga telah memberi definsi kepada 3 golongan yang disebut didalam Surah Al-Faatir: 32 :

فإن الظالم لنفسه‏:‏ هو تارك المأمور فاعل المحظور‏.‏ والمقتصد‏:‏هو فاعل الواجب وتارك المحرم‏.‏ والسابق‏:‏ هو فاعل الواجب والمستحب، وتارك المحرم والمكروه‏.‏

1. Al-Zalim LiNafsihi (Menzalimi diri sendiri/Oppressor) :- Iaitu meninggalkan yang baik (mulia) dan melakukan perkara yang dilarang.

2. Al-Muqtasid (Sederhana/Thirfty) :- iaitu orang yang melakukan yang wajib dan meninggalkan yang haram.

3. Al-Saabiq (Golongan Terdahulu) :- iaitu orang yang melakukan yang wajib dan mustahab (sunat), meninggalkan yang Haram dan Makruh.

Shiekh Al-Islam menyatakan bahawa kumpulan Al-Saabiq ini telah dijelaskan dialam Surah Al-Waaqi'ah:10-11 :

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ

"Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); "

أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ

"Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), "

Seterusnya Ibn Taimiyah menjelaskan :

ثم إن كلاً منهم يذكر هذا في نوع من أنواع الطاعات، كقول القائل‏:‏ السابق الذي يصلى في أول الوقت، والمقتصد الذي يصلي في أثنائه، والظالم لنفسه الذي يؤخر العصر إلى الاصفرار، ويقول الآخر‏:‏ السابق والمقتصد والظالم قد ذكرهم في آخر سورة البقرة، فإنه ذكر المحسن بالصدقة، والظالم بأكل الربا، والعادل بالبيع‏.‏ والناس في الأموال إما محسن، وإما عادل، وإما ظالم، فالسابق المحسن بأداء المستحبات مع الواجبات‏.‏ والظالم آكل الربا أو مانع الزكاة‏.‏ والمقتصد الذي يؤدي الزكاة المفروضة، ولا يأكل الربا، ‏

"bahawa kesemua ini adalah jenis-jenis ketaatan yang telah disebut, sebagaimana ada yang berkata : Kumpulan Al-Saabiq akan bersolat di awal waktu, kumpulan Al-Muqtasid akan bersolat pada waktunya, kumpulan yang menzalimi diri sendiri akan mengakhirkan solat Asar sehingga tanda kekuning-kuningan. Berkata yang lain pula : Kumpulan Al-Saabiq, Al-Muqtasid, dan Al-Zalim telah disebt didalam akhir surah Al-Baqarah. Sesungguhnya ia telah diperingatkan secara bijak mengenai sedeqah, dan Al-Zalim didalam memakan Riba' dan keadilan didalam jual-beli. Dan manusia dengan wangnya samada bijak, adil atau zalim, maka Al-Saabiq dan yang bijak menunaikan perkara yang mustahab didalam kewajipan mereka. Mereka yang zalim akan memakan Riba dan mengelakkan Zakat. Kumpulan Al-Muqtasid atau sederhana adalah mereka yang menunaikan dan melaksanakan kewajipan berzakat, dan tidak makan Riba' "

wallahu'alam, wassalam
===========
Rujukan

1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 13 : Tafsir. Makkah : Percetakan Al-Hukumah, 1969. ms 337.

0 comments:

Post a Comment