Jan 16, 2009

Ahmad Dalam Surah As Saff Ayat 6

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya. Di dalam Al-Quran, ada disebutkan bahawa nabi Isa mengkhabarkan akan datang diutus lagi seorang rasul bernama Ahmad sedangkan nama Rasulullah s.a.w ialah Muhammad. Dan mungkin nama Ahmad inilah yang dipegang oleh orang kafir tetapi Rasulullah s.a.w bernama Muhammad oleh itu,mereka tidak mengiktiraf kerasulan baginda. Adakah betul nama Ahmad itu ada di dalam Al-Quran?

*******************
Salam

Al-quran telah menceritakan hal ini dgn jelas.

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يبَنِى إِسْرَءِيلَ إِنِّى رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَىَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّراً بِرَسُولٍ يَأْتِى مِن بَعْدِى اسْمُهُ أَحْمَدُ

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata!.” (Surah As-Saff: ayat 6)

dlm Sahih bukhari meriwayatkan dari Jubair bin Muth’im: “...إِنَّ لِي أَسْمَاءً: أَنَا مُحَمَّدٌ، وَأَنَا أَحْمَدُ،”
“Aku mempunyai beberapa nama: Aku Muhammad dan Aku juga Ahmad…”

Namun demikian, muhammad ditolak bukan kerana namanya Ahmad atau muhammad; tetapi kerana ajaran tauhid yg dibawanya itu.

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment