Jan 29, 2009

Gelaran Ustaz, Maulana, Imam, Syeikh etc

Assalamualaikum

Pelbagai nama gelaran yang digunakan oleh orang kebanyakan apabila menggelarkan seorang yang alim dalam masyarakat seperti Ustaz, Maulana, Imam, Syeikh dan sebagainya.

Apakah yang dikatakan sebagi alim? Belajar feqah? Belajar Mazhab yang 4? Pandai dalam ilmu hadis?

Ana cuma nak tahu apakah penanda aras untuk gelaran tersebut. Kekadang orang kampung bila tahu orang tu baru graduate dari Institusi Keagamaan terus digelarkan sebagai ustaz.

Kanak-kanak yang alim pula bagaimana? Contoh baru umur 12 tahun dah bermacam ilmu yang diperolehi contoh ulama2 di zaman silam.

Kekadang orang kebanyakan macam ana ni kalau ada seseorang itu dipanggil ustaz atau syeikh atau sbgnya ana pn ikut.. Wink Ana tiada masalah bab ni tapi memohon penjelasan, penghuraian...

*************************
thtl
Founder

Gelaran ni ada yg formal dan ada yg bersifat uruf (adat).

Lulusan institusi agama tu automatiklah dipanggil ustaz...

cuma Maulana, tu sinonim dgn India-Pakistan, selalunya penuntut ilmu hadith yg handal dari institusi hadith di sana, dinamakan Maulana, juga alim ulama India-Paki yg banyak pengikutnya pun dinamakan Maulana juga. Macam Maulana Maudoodi, amir jama'ate Islami Pakistan. Maulana Iliyas, ketua umum Jama'at Tablighi Nazimuddin, India.

Imam ni kalau kat Malaysia, imam2 mesjid tu automatik dipanggil Tuan Imam, tapi Imam hakiki, spt Imam Ibn Taymiyah, dianugrah oleh kawan dan lawan sezamannya kerana keunggulannya disegenap bidang ilmu

Syaikh ni gelaran orang tua yg terhormat dalam sesuatu kaum atau etnik atau kabilah...tapi syaikh hakiki spt gelaran syaikh al-Islam Ibn Taymiyah, juga gelaran yg diberi kerana pengiktirafan kawan dan lawan akan ilmu dan amalnya...

orang alim adalah orang yg mengetahui sesuatu bidang...jika dia alim akan bidang agama, maka alimlah dia. Alim hakiki ialah seseorang yg tahu agama dan juga menghayati ilmunya. Jika si fulan ada phD al-Azhar, maka mmg alimlah dia, tapi kalau dia pun banyak tidak mengamalkan ajaran Islam, malah mendokong sekulerisma, maka dia bukanlah alim yg sebenarnya...sekian, yg lain boleh tambah, luas skop soalan ni sebenarnya....
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

Ada orang mempertikaikan " Siapa yang bagi Syeikhul Islam tu kat Ibnu Taimiah?". Ana jawab tak tau. Siapa yang bagi gelaran tu?

-----------------
yang bagi gelaran tsb ialah kroni Imam Ibn Taymiyah...murid2 beliau dan pencinta ilmu di seluruh dunia. syaikhul Islam, atau syaikhul Hadith bermaksud org yg amat alim dalam bidang itu dan dia membelanya dari bid'ah dan menghidupkan bidang itu...maka Jika Ibn Taymiyah digelar syaikhul Islam oleh kroninya, maka ia adalah panggilan yg tepat sebagaimana Ibn Hajar al-Asqolani atau Imam Bukhori yg digelar syaikhul Hadith...ahlil bid'ah mmg tak sokong pun...maka bangkangan ahlil bid'ah tidak diambil kira....

MF, mmg kalau masih muda, tak patut dipanggil syaikh. syaikh tu dipakej bersama dgn keilmuan, status dan umurnya yg mencecah umur pencen...

------------------
Sebenarnya al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani, selepas mencerita sejarah kewafatan Ibn Taimiyyah, memetik ucapan al-Imam al-Zahabi yang memuji-muji gurunya Ibn Taimiyyah, sehingga kata Ibn Hajar: “Al-Zahabi telah menulis surat kepada al-Subki, lantas memarahinya di atas perkataannya terhadap Ibn Taimiyyah. Al-Subki menjawabnya, antara jawapannya:”Adapun apa yang tuan katakan mengenai al-Syeikh Taqiyuddin (Ibn Taimiyyah), maka hamba ini (saya) telah pun pasti ketinggian kemampuannya, limpahan dan keluasan lautan ilmunya dalam naql (al-quran dan al-Sunnah) dan akal, kehebatan kebijaksanaan dan ijtihadnya, juga dia mencapai kesemuanya itu lebih dari yang disifatkan. Hamba ini (saya) sentiasa akan mengakuinya. Nilaiannya (Ibn Taimiyyah) pada diri ini, lebih besar dan mulia dari segalanya. Dengan apa yang telah Allah himpunkan padanya dari sifat zuhud, warak, kuat beragama, membela dan menegakkan agama kebenaran semata-mata kerana Allah. Dia melalui perjalanan ulama salaf dengan sepenuhnya, sangat asing orang sepertinya pada zaman ini bahkan di mana-mana zaman pun”. Sehinggalah Ibn Hajar menyebut: “Ibn Taimiyyah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..” sehinggalah beliau megelarnya sebagai “Syeikh al-Islam”. (jilid 1, m.s. 158-159). Bahkan al-Zahabi menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadith. Beliau memuji Ibn Taimiyyah dengan pujian yang sangat hebat juga menggelarnya dengan gelaran Syeikh al-Islam, antara katanya: “Ibn Taimiyyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafiz (dalam hadith), seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Syeikh al-Islam….dari lautan ilmu, dari para cendikiawan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang” (jilid 4, m.s. 1496, cetakan Haidar Abad, India)

Rujuk artikel Dr MAZA bertajuk "Penyelewengan Buku Salafiyah Wahabiyyah"

2 comments:

Unknown said...

Mcm mana kalau gelaran habib pulak?

Rin Rania said...

Ust Badlishah kata, gelaran habib ni khusus utk keturunan Nabi Muhammad Saw..

Post a Comment