Jan 28, 2010

Tempoh Rasulullah saw Dimaqamkan

ISLAMUNTUKSEMUA »

Salam.

Boleh saya tahu :

1] Pukul berapa nabi Muhammad wafat?

2] Pukul berapa nabi Muhammad dikebumikan? Adakah pada hari yang sama?

3]Jenazah muslim yg meninggal dunia, apakah tempoh maksimum untuk tidak dikebumikan? 24 jam? 48 jam?

Sekadar pencerahan. Terima kasih krn sudi menjawab.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat pada hari Isnin. Pada waktu mana, ia khilaf antara sejarawan Islam, kerana perbezaan antara riwayat.

- Ada yang mengatakan baginda wafat pada waktu Dhuha. Daripada Al-Auzaie:

توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين قبل أن ينتصف النهار

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat pada hari Isnin, sebelum masuk waktu tengahari". (Al-Bidayah Wa al-Nihayah 5/275).

- Ada pendapat mengatakan baginda wafat pada sebelah petang, selepas tergelincir matahari. (Uyun al-Atsar 2/434).

Berdasarkan kepada hadis Anas Bin Malik:

آخر نظرة نظرتها إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم كشف الستارة والناس صفوف خلف أبي بكر رضي الله عنه فأراد أبو بكر أن يرتد فأشار إليهم أن امكثوا وألقى السجف وتوفى من آخر ذلك اليوم وذلك يوم الإثنين

".....Dan baginda wafat pada sebelah akhir pada hari itu, hari Isnin".
(Hadis Anas ini direkod dalam Bukhari dan Muslim, tetapi lafaz di atas adalah lafaz dalam Sunan Nasaie no: 1831).

Kata Ibn Katsir: "Ia menunjukkan bahawa kewafatan baginda berlaku selepas tergelincir matahari". (Al-Bidayah Wa Al-Nihayah 5/275).

2) Tentang pengkebumian juga, ada khilaf adakah ia berlaku pada waktu siang, ataupun malam.

Pendapat yang lebih masyhur ialah jenazah baginda dikebumikan pada malam Rabu, antara waktu pertengahan malam hingga ke waktu akhir malam.

Daripada Ibn Abbas:

ثم دفن صلى الله عليه و سلم وسط الليل من ليلة الأربعاء

"Kemudian baginda Sallallahu Alahi Wasallam dikebumikan pada pertengahan malam, malam Rabu". (Sunan Ibn Majah no: 1628).

Daripada Asiyah:

مَا عَلِمْنَا بِدَفْنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى سَمِعْتُ صَوْتَ الْمَسَاحِي مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ لَيْلَةَ الْأَرْبِعَاءِ

"Kami tidak mengetahui tentang pengkebumian Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam sehingga aku mendengar bunyi cangkul-cangkul pada akhir malam, malam Rabu". (Musnad Ahmad 14333)

3) Terdapat hadis yang menggalakkan supaya dipercepatkan urusan jenazah. Tetapi boleh diperlewatkan jika ada sebab syar'ie, seperti menunggu kepulangan keluarga, atau mengumpulkan lebih ramai orang yang bersembahyang ke atas jenazah.

Jika dibimbangi kelewatan menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada jenazah, seperti berbau atau berubah, wajib disegerakan pengkebumian.

Wallahu A'lam.

Jan 18, 2010

Siapa Nusaibah?

manjalara »

salam

saya nak tahu siapakah sebenarnya saiditina nusaibah. ::lol:
sejauh manakah kebenaran tentang keberanian Nusaibah dalam peperangan Uhud.
wassalam!



***********************************************
kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Nusaibah adalah anak kepada K'ab al-Ansariyah dan isteri kepada Zaid bin 'Asim. Beliau dikenali dengan gelaran Umm Ummarah. Merupakan para sahabat dikalangan wanita yang menyertai Jihad. Beliau merupakan dikalangan para sahabat yang menyertai bai'ah al-Aqabah.

Mempunyai 2 orang anak lelaki; Abdullah dan Habib. Nusaibah terlibat didalam peperangan Uhud, Hunain dan al-Yamamah. Anak beliau Habib telah dibunuh oleh Musailamah al-Kazzab. Apabila mengetahui anaknya dibunuh oleh Musailamah, beliau berazam membunuh Musailamah atau mati didalam tugasan tersebut. Anaknya Abdullah telah membunuh Musailamah didalam peperangan tersebut, dan Abdullah juga telah syahid. Tangan Nusaibah telah terpotong dan beliau menerima 14 kecederaan dibadannya. Beliau telah berjihad bersungguh-sungguh didalam perang Uhud.

Ibnu Sa’ad telah mencoretkan didalam kitabnya Thabaqat : Ummu Ummarah telah masuk Islam, dia telah menghadiri malam perjanjian Aqabah dan berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah, Umrah Qadha’, Perang Hunain, Perang Yamamah di mana tangannya terpotong, serta pendengar hadith Rasulullah :saw.

Ibnu Sa'ad telah menjelaskan bahawa Nusaibah membawa air pada peperangan Uhud. Apabila beliau melihat para sahabat meninggalkan Nabi :saw, beliau terus melindungi Nabi :saw dengan pedang dan panah, dan beliau telah terluka pada peperangan tersebut. Maka dengan itu beliau digelar Perisai Rasulullah :saw!

Moga-moga Allah melimpahkan rahmat kepada Nusaibah dan merupakan dikalangan penghuni Syurga.

Sekian, wassalam

Bai'ah Tentera Fisabilillah

awoi »

Assalamualaikum semua,

saya baru dlm forum ni...baru join...x brp reti lagi nk mengajukan soalan2 ni...ni baru nk test power...hehehe

nk tanya...
betulkah pada zaman rasulullah dulu...angkatan tentera fisabilillah ni kena bersumpah dengan quran...taat kepada pemerintah,menyebarkan syiar islam dan lain2 yg memperjuangkan islam...dan amalan ini mmg benar dilakukan oleh rasullullah sendri?

sbb pada masa ini famous dengan kumpulan 3line,asalnya PEKIDA, tp sbb da menyimpang...tu pasal jd 3 lines,sarjan,apa lagi tah...

tp antara syarat dan peraturan,sumpah dgn quran,taat kepada ketua dan kena kena jaga ahli2 supaya berada di jalan lurus la... in term of perjuangan tu, adakah ianya mmg dilakukan oleh rasullullah?
cuma ahli2 ni je yg salah guna,salah perjuangan


**********************************************
kamin »

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Kami meminta maaf tidak dapat menjawab persoalan yang menyentuh persatuan Pekida atau 3 line oleh kerana tidak mengetahui bagaimana perjalan persatuan ini.

Menurut Ibn Khuldon didalam Muqaddimah, bai’ah adalah ikrar / janji untuk ta’at. Secara umumnya, ba’aih dilakukan kepada pemimpin yang beragama Islam sahaja. Sumpah ketaatan dengan pemimpin atau Bai’ah tidak dilakukan dengan menggunakan al-Quran pada zaman baginda :saw.

Nabi :saw menerima ba’iah seseorang lelaki dengan perkataan dan juga sambil berjabat tangan. Didalam kes ba’iah wanita Islam, ia dilakukan dengan perkataan sahaja, sebagaimana didalam sebuah hadith A’ishah ra berkata :-

“Tidak, demi Allah, tangan Rasullulah :saw tidak pernah menyentuh mana-mana wanita. Malah dia menerima bai’ah mereka dengan perkataan sahaja” [Hadith Riwayat Bukhari #5288, Muslim #1866].

Imam al-Nawawi rh ketika mensyarahkan hadith ini berkata : Ini menunjukkan bagi semua wanita, bai’ah dilakukan dengan perkataan sahaja, tanpa mengambil tangan pemimpin, dan bagi kaum lelaki ia dilakukan dengan perkataan dan mengambil tangannya.

Ta’at kepada pemimpin adalah selama-mana pemimpin tersebut taat kepada perintah Allah swt dan Rasulnya, dan berhukum dengan syariat Allah swt. Firman Allah swt :-

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” [Surah al-Maaidah : 50].

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” [Surah Saad : 26]

Secara kesimpulannya, bersumpah atau aku janji atau ba’iah kepada pemimpin tidak memerlukan seseorang itu memegang al-Quran. Adalah memadai bagi kaum perempuan dengan perkataannya dan bagi kaum lelaki dengan perkataan sambil berjabat tangan. Ketaatan kepada kepimpinan Islam itu wajib selama-mana dia taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.

Sekian, wassalam.

Perang Karbala

meon_infinity »

salam kepada semua,

bleh ana tahu seejarah ringkas perang karbala yg diwar2kan kuat oleh syiah??



*****************************************
kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Pertempuran Karbala berlaku pada 10 Muharram, 61 Hijrah di Karbala (Iraq). Peristiwa melibatkan penyokong dan kaum keluarga cucu Nabi saw, Husein ibn Ali dan tentera Yazid bin Muawiyah yang pada masa itu sebagai Khalifah Bani Umaiyyah. Bersama Husein Ibn Ali terdiri daripada 72 orang (lelaki dan wanita). Tentera Yazid pula dikatakan terdiri dari 4,000 orang.

Pertempuran itu dikatakan berlaku ditebing Sungai Furat, dengan kekalahan di pihak Husein, dimana pihak lelaki terbunuh dan semua wanita dan kanak-kanak ditawan.

Peristiwa ini bukanlah berlaku disebabkan oleh pertentangan aqidah, fahaman, pemerintahan atau mazhab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar didalam bukunya As-Sawa'iq Al-Muhriqah bahawa ia bukanlah penentangan Husein terhadap kerajaan, akan tetapi ia adalah penentangan terhadap perlantikan Khalifah yang tidak disukai oleh rakyat, sebagaimana katanya : Mengembalikan umat datukku. Ini membawa maksud menamatkan amalan rasuah, korupsi dan kembali menyatukan ummah.

Syiekh Faizal Moulawi menyimpulkan bahawa terdapat 2 faktor penentangan Husein ibn Ali yang masyhur :-

a. Menolak jawatan Khalifah yang diberikan kepada Yazid kerana perlantikan tersebut tidak mendapat restu rakyat.

b. Menolak amalan korupsi dan diktator yang diamalkan oleh Yazid

Peristiwa ini yang menjadi subjek perbincangan mengenai keadah perlantikan Imam dari kalangan kumpulan2 Islam. Syiah mengatakan bahwa Imam dilantik oleh Allah swt, maka timbullah teori 12 Imam. Pihak yang lagi situ mengatakan bahawa Imam atau Ketua yang dilantik hendaklah direstui oleh rakyat, Kontrovesi yang berlaku didalam sejarah Islam kebanyakkannya berpusat kepada 2 pegangan ini.

Orientalis Barat telah mengambil kesempatan dari perasaan ketidak puasan Syiah untuk memburuk-burukkan Khalifah Yazid, kononnya Husein bin Ali telah disembelih oleh Yazid. Disana ramai ahli sejarah mendapati Husain bin Ali dibunuh oleh pengikut Syiah dari Kufah sendiri , dan bukan oleh tentera Yazid.
Mengenai sikap terhadap Yazid, Ibn Taimiyyah rh menyebut bahawa datuknya Abu Abdullah ibn Taimiyyah pernah ditanya mengenai Yazid dan beliau berkata : kita tidak menafikan kebaikkan yang beliau ada dan juga sikap melampau mengenai mereka. Ini merupakan pandangan yang adil [Majmu' Fataawa, 4/481].

Sebagai kesimpulan, penentangan yang berlaku bukanlah diantara dua pihak yang mempunyai fahaman yang berbeza, akan tetapi kedua-dua Ahli Sunnah (bukan Sunni vs Syiah). Pihak Husein menentang akan kepincangan yang berlaku didalam pentadbiran Yazid. WA,

Sekian, wassalam

Bukan Islam Dalam Kerajaan Islam

abu_abdirRahman »

assalamualaikum ahli panel yang dirahmati Allah,

ana nak tny, pd zaman rasuluLlah, adakah org2 bukan Islam diberi apa jawatan atau kedudukan penting dalam kerajaan?

ada x ayat al-Qur'an yg mengharamkan mengambil org kafir sbg pemerintah, menteri dsb?



*************************************
al-jawhar »

Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Setakat maklumat dan pencarian yang kami lakukan , kami tidak menemukan contoh dizaman Rasulullah saw yang melantik orang bukan Islam sebagai orang yang berkedudukan penting dalam kerajaan.

Walaubagaimana pun kaum muslimin pada zaman dahulu ( zaman selepas kewafatan Rasulullah saw ) pernah melantik orang-orang Ahli Zimmah menjadi menteri atau penguatkuasa , terutama pada zaman khilafah Abbasiyyah dan tidak ada seorang pun alim ulama yang menginggkari perkara tersebut.Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa non muslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap kaum muslim. ( Fiqh al-Daulah , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi )

Mengenai dengan ayat al-Quran yang mengharamkan mengambil orang kafir sebagai pemerintah ialah seperti mana yang berikut :

1. Surah an-Nisa , ayat 141 :

“dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.”

2. Surah Ali Imran , ayat 28 :

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pelindung,teman,pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).”

3. Surah al-Mumtahanah , ayat 1 :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.”

Walaubagaimana pun ayat tersebut tidaklah boleh dijadikan dalil mutlak untuk menolak terus kepimpinan masyarakat non-muslim dalam struktur pentadbiran sesebuah Negara Islam.Ini kerana pendapat kebanyakkan majoriti ulama ialah membenarkan pembabitan masyarakat non-muslim dalam pentadbiran selagi mana majoriti para pemimpin / perwakilan dalam sesebuah pentadbiran itu masih lagi dikuasai / dimonopoli oleh orang Islam.

Dalilnya ialah firman Allah swt dalam surah al-Mumtahanah , ayat : 8 :

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

WA