Askm,
Saya ingin mengetahui kedudukan ceramah di antara waktu maghrib dan isya' yang berlanjutan sehingga selepas masuk waktu, yang mana azan isya' tidak dilaungkan.
Contoh: Ceramah/kuliah bermula jam 7:45 dan tamat jam 9:30 malam setiap hari. Ceramah tidak berhenti untuk azan isya' dilaungkan. Apakah hukumnya?
Terima kasih.
Shah
*******************
albaruhiyy
Panel Feqh
Waalaikumussalam…
بسم الله والحمد لله وبعد :
Masalah yang anda nyatakan ialah berkenaan dengan hukum azan, pendapat yang lebih sahih sebagaimana dinyatakan oleh ulama, azan hukumnya sunat. [RUJUK : al-Nawawi, al-Majmuk 3/8].
Namun ada ulama yang kata ia wajib. Cuma ulama sepakat ia disyariatkan.
Kata Ibn Qudamah [RUJUK: al-Mughni 2/203]
وَأَجْمَعَتْ الْأُمَّةُ عَلَى أَنَّ الْأَذَانَ مَشْرُوعٌ لِلصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ .
Maksudnya : “Dan ummah telah ijmak bahawa azan disyariatkan bagi solat lima waktu”
Ibn Qudamah menjelaskan hukum meninggalkan azan. Hukumnya ialah makruh meninggalkan azan solat lima waktu kerana semua solat Nabi s.a.w. dengan azan dan iqamah, begitu juga solat-solat para imam selepas baginda. Malik bin al-Huwairith merwayatkan bahawa Nabi bersabda kepadanya dan rakannya: “Apabila datang waktu solat maka hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan dan yang paling tua menjadi imam” [muttafaq alaihi].
Azan adalah sunah muakkad dan tidak wajib, ini pendapat Abu Hanifah, al-Shafie. Mereka berpandangan azan ialah hanya seruan untuk bersembahyang.
Ada setengah berpandangan ia fardu kifayah. Ini pendapat sebahagian besar mazhab hanbali dan sebahagian Maliki.
Manakala pandangan Ata’, Mujahid dan al-Awza’i ialah adlah fardu kerana Nabi s.a.w. memerintahkan Malik bin Huwairith dan sahabatnya serta Nabi juga sentiasa melakukannya. Begitu juga para sahabat2 baginda. Perintah menunjukkan wajib.
Namun begitu, atas pendapat-pendapat ini, jika solat dilakukan tanpa azan, solat masih sah. [RUJUK : al-Mughni 2/229]
Wallahualam.
Al Quran Online
Kategori
Sponsor
Pautan Tajdid
-
-
-
-
-
-
*DUNIA *Islam diganggu golongan menyeleweng dari jalan lurus iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kemunculan golongan seperti Syiah Rafidhah, Khawarij, Mur...
-
Inilah dia Pengarah ILIM (JAKIM). Apakah anda pelik untuk dia adakan FITNAH buat kesekian kalinya?
-
-
1. Adalah menjadi hak untuk mana-mana warga untuk berhimpun dengan aman demi menyatakan pendapat dan pandangan mereka. Hal ini dijamin oleh perlembagaan pe...
-
-
-
-
Kedua: Keterbatasan sains Sebagaimana maksud Al-Qur’an dan derajat validitas hadis bertingkat-tingkat kepastiannya, ada yang benar dan ada yang salah, se...
-
-
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan di...
-
Oleh: Halim Abdurrahman Halim Apa kata Dr.Yusof Al-Qaradawi berkenaan Istawa' Allah atas Arasy? Kata beliau: "Apabila kita mengarahkan diri kepada Allah S...
-
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment