Dec 30, 2008

Meletakkan Aulawiyat

Bagaimana kita hendak meletakkan aulawiyat di antara urusan keluarga terutama sekali terhadap ibu bapa dengan urusan-urusan yang berbentuk keagamaan seperti kuliah2, aktiviti persatuan da'wah dan yang sewaktu dengannya? ..mungkin boleh difokuskan dalam lingkungan usia remaja dan juga secara umum..

-----------
Salam

Sekadar menambah apa yg ditulis oleh Tuan Guru Al-Fadhil [email]G@y@t.[/email]

Fiqh Awlawiyyat penting ditanam ke jiwa sanubari remaja agar mereka memahami yang harus diutamakan, yang mana harus dikemudiankan. Contohnya, remaja sekarang banyak dihanyutkan oleh arus cinta sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Belajar larut malam sehingga terlepas subuh. Aktif bersukan sehingga study lingkup. Ada yang keluar berdakwah tetapi tidak menghormati ibu bapa.

Kita tahu syaitan menggoda manusia melakukan kebatilan demi kebatilan. Tetapi kita kena ingat bahawa syaitan juga menggoda manusia melakukan KEBAIKAN/AMALAN bukan pada tempat yang sepatutnya. Dia (syaitan) tak dapat goda buat jahat, dia goda kita suh buat benda baik tetapi bukan pada tempatnya. Itu salah satu bentuk godaan syaitan terhadap manusia.

Satu ayat yg menukilkan cukup baik akan perihal fiqh al-awlawiyyat ini:
“Apakah mereka yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan menguruskan Masjidil haram, kamu samakan dengan mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di Jalan Allah? Mereka tidak sama di sudut Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum muslim yang zalim. Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan mereka itulah yang mendapat kemenangan.” (surah At-taubah: ayat 19 hingga 20).

Dalam ayat ini kita dapati terdapat amalan kebaikan tetapi tidak sama tarafnya. Orang yang berjihad di Jalan Allah (ketika perang badar) tidak sama orang yang memberi minuman kepada mereka mengerjakan ibadah haji dan menguruskan masjidil haram. Ketika ayat ini diturunkan, perintah jihad telah difardukan. Ada sesetengah umat Islam pada ketika itu hanya ingin memberi makan minum dan menguruskan masjidil haram kerana mereka menyangka mereka telah benar-benar beriman kepada Allah. Tetapi kerana tuntutan semasa yang menyahut umat Islam berjihad, maka golongan itulah yang mendapat kemenangan.


Dalam memahami fiqh al-awlawiyyat, para ulama menggariskan panduan maslahah (kepentingan) yang mana harus didahulukan:

1. Ad-dharuriyyat yang bermaksud sesuatu yang kita tidak berupaya hidup kecuali dengan kewujudannya
2. Al-Hajjiyyat yang bermaksud kehidupan yang boleh berlaku tanpa perkara tersebut walaubagaimanapun kehidupan akan mengalami kesukaran dan kesengsaraan
3. Al-Tahsinat yang bermaksud sesuatu yang dipergunakan untuk menghias dan mempercantikkan kehidupan. Atau seringkali disebut sebagai kamaliyyat (pelengkap/penggenap)

Kalau ikut fiqh pertimbangan (fiqh al-muwazanat) mengharuskan kita
1. Mendahulukan ad-dharuriyyat berbanding dengan al-hajjiyyat apatah lagi terhadap at-tahsinat
2. Dan mendahulukan al-hajjiyyat berbanding dengan at-tahsinat.

Apabila faham keutamaan itu dibajai dihati remaja, insyaAllah kita akan melihat remaja2 Islam tidak ada yg melepak, menghormati Ibu Bapa dsb.

Wassalam

_________________
Salam

Komentar:

Kita tidak tahu apakah status anda? Bujang ke dah kahwin? Apakah yg anda maksudkan urusan keluarga? Apakah ibubapa anda uzur dan memerlukan anda menyara hidupnya atau terlalu tua dan ada penyakit yg memerlukan penjagaan berterusan?
Dakwah pula adalah kerjaya yg unggul. Ia dalah kerjaya Nubuwwah dan amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT (Siapakah yg lebih baik perkataanya drd mereka yg menyeru kpd Allah) AQ 41:33. Kerjaya ini tidak akan bercanggah dgn apa jua urusan hidup. Allah jamin orang yg bersungguh-sungguh pada jalannya, Dia akan beri jalan keluar (dan orang2 yg berjihad untuk Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami) AQ 29: 69

Jawapan kami: Jika anda menjadi pendakwah yg benar, anda akan mampu menjaga keluarga. Asalkan anda bukanlah kumpulan dakwah yg sering keluar hingga ke Benua India sampai berbulan-bulan. Dakwah jenis ini kita tidak tahu apakah statusnya.WA

1 comments:

Anonymous said...

salam,

@ -Asalkan- anda bukanlah kumpulan dakwah yg sering keluar hingga ke Benua India sampai berbulan-bulan. Dakwah jenis ini kita tidak tahu apakah statusnya.

---

Drpd jawapan ustaz ini tentulah merujuk kpd jemaah tabligh. Kenyataan/jawapan ustaz di atas ini hanyalah merupakan tempelak bersahaja dan tidak memahami dakwah & tabligh. Rujuklh dgn alim ulama dalam usaha ini utk lebih pencerahan drpd meneruskan tanggapan yg salah lalu menyebarkannya kepada umum.

JT mempunyai peranan besar dlm perkembangan Islam di Eropah terutamanya di UK, France dan Germany. Adapun dinasihatkan oleh alim ulama dalam kerja dakwah ini utk pergi dahulu ke India, Pakistan dan Bangladesh adalah supaya mendengar nasihat2 masyaikh alim ulama serta belajar usaha dakwah ini di sana. Sekali gus sbg bekal dan persiapan utk melakukan khuruj di jln Allah di negara2 lain atau di tempat sendiri.

Keadaan 3 negara ini juga berbeza-beza utk menyiapkn diri dalam kerja dakwah. Scr ringkasnya, India terkenal dgn kekufuran penyembahan berhala, Pakistan terkenal dgn orang2nya yg bersifat keras & kasar. Manakala di Bangladesh, utk belajar sifat syukur & lemah lembut kerana keadaan majoriti penduduknya yg miskin. Makan hanya sekadar cukup utk sekeluarga mangalas perut.

Sebelum berpergian khuruj adalah diwajibkan utk dimesyuaratkan terlebih dahulu. Ada tertib yg perlu diikuti, ini termasuklah menyediakan nafkah keluarga yg ditinggalkan.

Di Malaysia khususnya, ramai yg telah terlibat dgn usaha dakwah ini telah faham kepentingan agama dan menjadikan anak2 mereka sbg hafiz/hafizah dan alim/alimah. Walaupun mereka ini bukanlah seorang alim atau berasal drpd keluarga yg alim ugamanya.


subblogger (karkun awam).

Post a Comment