Dec 30, 2008

Chin Peng Dan Komunisme

Salam

Bagaimanakah perundangan Islam menangani isu Chin Peng atau orang Islam yang sama macam Chin Peng?

---------------
Wassalam

Jwb:

Chin Peng adalah Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sebuah parti yg memperjuangkan Komunisme dan ingin menjadikan Malaya sebuah republik Komunis.

Jika Malaya sebuah Daulah Islamiah, sudah tentulah parti ini hendaklah diperangi kerana memudharatkan Daulah. baik anggutanya muslim atau bukan muslim. Jika angguta parti komunis itu muslim sudah tentu dia ada dua jenis kesalahan: Murtad dan Bughat. Hukum ke atas mereka ialah Bughat (memerangi negara Islam), warganegara Daulah yg melancarkan pembrontakan dan ingin menggulingkan negara dan menaja sebuah ideologi yg sesat. Hukuman ke atas mereka adalah mati. Dalilnya: AQ 5: 33 (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang2 yg memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi hanyalah mereka dibunuh atau disalib..") WA

2 comments:

Anonymous said...

salam
komunisme tidak pernah mengharamkan kebebasan beragama. dalamilah pengetahuan tentang komunisme dan anda akan terkejut dengan kebenaran. ini semua adalah propaganda kerajaan yang bimbang rakyat bersatu menentang mereka. komunisme pada dasarnya membela nasib rakyat. pengharaman beragama dan berkeluarga adalah tipu daya pihak kerajaan

Anonymous said...

mmg lah kamunisme tak mengharamkan kebebasan agama, tapi anda tahukah bagaimana China dan North Korea diperintah dibawah kerajaan komunis? sebab komunism adalah sebuah ideology dan bukanlah agama.Sila baca tentang Karl Marx ya. lihat pndangan dan impian komunism beliau.bezakan pula dgn demokrasi dan bezakan pula dgn pemerintahan berkhalifah. baca artikel2 dan buku2 dari kedua belah pihak dan bukan sebelah sahaja dan terima ia sbagai kebenaran batil. sekian

Post a Comment