Dec 19, 2008

Cara Berjabat Tangan

Apabila kita bersalam dgn seseorang perlukah kita membongkokkan sedikit badan kita?.
2. Bgmn cara sebenarnya dalam Islam? Apa yg tak boleh dilakukan semasa bersalaman itu.
Wassalam


Wassalam
Jawab:
Panduan lengkap ada dalam kitab karya alHafeedz Imam syaraf anNawawi dalam alAzkar.
1. Perihal membongkok semasa bersalaman. Ini adalah budaya orang Timur ketara sekali dalam masyarakat Jepun dan Korea. manakala budaya Melayu juga ada sedikit tunduk jika orang yg disalami itu adalah orang yg disegani. Budaya standard Melayu juga bila menyambut seseorang tetamu ialah melipatkan tangan kanan ke dada dan menundukkan kepala sedikit. Amalan ini diamalkan dalam Industri Pelancungan dan menjadi kod etika bangsa Malaysia.
Budaya sebenar Islam, semasa bersalaman,terdapat larangan Sunnah supaya tidak perlu menundukkan kepala. Dalil: HR atTermidzi dan Ibn Majah dari Anas, RasuluLlah SAW prnah ditanya, apakah boleh seseorang membongkokkan diri bila bertemu dengan saudarnya. sabda baginda," Tidak" dan Nabi menyuruh hanya bersalaman sudah memadai. " Klasifikasi hadis: hadis hasan. Larangan Nabi saw ini menurut anNawawi, seorang ahli hadis dan ahli feqah yg masyhur dlm madzhab Syafi'iy sbg Makruh.

2. Cara sebenar bersalaman dlm Islam
a. segera menghulurkan tangan terlebih dahulu.
b. muka berseri2
c. memberi senyuman manis
d. eye contact (saling berpandangan)
e. bertanya khabar
f. nasihat-menasihati
g. saling berdo'a ke atas satu sama lain
f. boleh mencium dan memeluk jika lama tidak bertemu atau kembali dari safar yg lama. Lihat alAzkar dan hadis-hadis riwayat Ibn Sunniy dari Barra' bin Azib ra.

3. don'ts /apa yg tidak boleh ketika bersalaman
a. membongkokkan badan
b. mencium tangan dengan ada tujuan duniawi spt tangan pemimpin
c. memeluk lelaki yg kacak atau pelukan yg bersyahwat kpd sesama jenis...boleh dilihat lagi dalam alAzkar. Ini sekadar ingatan saya shj. Rujukan lanjutan: Khuluqul Muslim oleh Syekh Ali alHashimi WA

3 comments:

Anonymous said...

salam didalam kitab bahrul mazi ada mengatakan tidak haram bersalaman antara lelaki islam dengan perempuan bukan islam atau perempuan islam dengan lelaki bukan islam tetapi dengan niat bersalaman dan tiada niat lain contoh bersalaman dengan niat perempuan itu sexy atau sebaliknya. maksudnya bersalaman dengan bangsa lain tidak haram kecuali islam dengan islam persoalannya disini bukankah kalau antara perempuan dan lelaki bukan muhrim tidak boleh bersentuhan

Anonymous said...

nak tanya sikit... sekiranya seorang lelaki bersalaman dgn seorang perempuan yg berlainan bangsa... seperti tidak mahu melepaskan tangan perempuan itu... maksudnya saya... bersalaman / Pegang tangan perempuan tu agak lama.. meramas dengan lembut tu consider as haram kan...????

Admin said...

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ ».

Dari Abi Hurairah dari Nabi bahwa Beliau bersabda: “Telah ditulis atas anak adam bagiannya dari zina, maka dia pasti menemuinya, zina kedua matanya adalah memandang, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lisannya adalah berkata-kata, zina tangan adalah menyentuh, zina kakinya adalah melangkah, zina hatinya adalah berharap dan berangan-angan, dan dibenarkan yang demikian oleh farjinya atau didustakan.” (HR. Muslim).

Di dalam hadis di atas dengan jelas disebutkan bahwa zinanya tangan adalah menyentuh. Berjabat tangan adalah sentuhan fisik yang menjadi salah satu jalan menuju perzinaan. Memang tidak semestinya berjabat tangan berakhir dengan perzinaan, tetapi sabda Rasulullah saw di atas kiranya cukup jelas. Dan masih ada lagi sabda rasulullah saw;

عَنْ مَعْقِل بن يَسَارٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

Dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata; Rasulullah saw bersabda; Sungguh kepala seseorang ditikam dengan pasak dari besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya (HR ath-Thabrani)

Post a Comment